Pemimpin Utama Regimen Ke-10 PKM, Abdullah CD Sahkan Mat Indera Pengganas Komunis - pakdin.my

Apabila Mat Sabu mempertikaikan peristiwa Bukit Kepong dengan meng’hero’kan Mat Indera dan menuduh anggota polis sebagai alat British, maka umum mula mempertikaikan kenyataan Mat Sabu yang mengagungkan Mat Indera yang berjuang bersama komunis sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

Bagi menguatkan hujah beliau maka buku yang ditulis oleh Yayasan Wawasan Johor dijadikan rujukan untuk membenarkan kenyataan beliau. Bila tersedar buku yang ditulis itu tidak langsung memaparkan Mat Sabu sebagai pejuang kemerdekaan mereka mula mencari apa sahaja yang boleh mempertahankan kenyataan beliau.

Dalam keadaan terdesak mereka akhirnya menemui Adik kepada Mat Indera, Baharum Shah Indera. Entah apa yang dijanjikan maka adik kepada Mat Indera bersetuju membuat kenyataan mengenai abang beliau bagi membuktikan bahawa Mat Indera bukan seorang Komunis.

Maka di usunglah adik kepada Mat Indera yang berusia 4 tahun ketika kejadian Bukit Kepong untuk menceritakan watak sebenar Mat Indera. Rupa botol susu yang adik Mat Indera hisap masa kejadian tersebut pun dia tidak ingat.

Dia juga menuntut agar kerajaan membersihkan nama adiknya. Sini

Walaupun mereka bermati-matian menafikan Mat Indera adalah komunis berpandukan buku Pengukir Nama Johor, PAS jangan lupa pula untuk membaca buku tulisan Abdullah CD, antara pemimpin utama Regimen Ke-10 PKM yang berpengkalan di Shukirin, Selatan Thailand. Buku bertajuk “MEMOIR ABDULLAH C.D (BAHAGIAN KEDUA): PENAJA DAN PEMIMPIN REJIMEN KE-10 dengan jelas menyatakan dan mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis di muka surat 115:
“Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpengaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei’ih. Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor.”

Menyentuh Peristiwa Bukit Kepong pula, Abdullah C.D dalam bukunya turut menyebut:

“Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.”


Jadi jelas bahawa jika Abdullah C.D sebagai pemimpin utama komunis Melayu pada waktu itu mengiktiraf perjuangan komunis Mat Indera maka tidak perlu dipertikaikan lagi siapa Mat Indera kerana hanya jauhari mengenal yang mana manikam!!! Tak gunalah PAS berpandukan kepada buku Pengukir Nama Johor kerana PKM sendiri mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis Melayu! Seperkara lagi,
mustahil Baharum Shah mahu memburuk-burukkan ahli keluarganya di hadapan media walaupun mereka sedar bahawa Mat Indera tersilap memilih jalan perjuangan!

P/s…
Kalau pemimpin MCA yang keluarkan kenyataan seperti kenyataan Mat Sabu, apa agaknya puak PR akan kata? Kalau yang bercakap itu DAP sekalipun mereka akan pertahankan.

UTAMAPemimpin Utama Regimen Ke-10 PKM, Abdullah CD Sahkan Mat Indera Pengganas Komunis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium