Pemuda DAP gesa parti pertimbang berpisah dengan PKR, bubarkan PH - pakdin.my

Pemuda DAP hari ini mencadangkan parti itu agar mempertimbangkan untuk berpisah dengan PKR dan membubarkan Pakatan Harapan (PH) sekiranya Anwar Ibrahim tidak memohon maaf kepada parti sekutu dan rakyat Malaysia kerana tidak menyokong usul undi belah bahagi Belanjawan 2021 di Parlimen semalam.

Setiausaha Pemuda DAP Eric Teh berkata, tindakan PH atas arahan ketua pembangkang itu, tidak selari dengan kenyataan-kenyataan mereka sebelum ini yang mengatakan Belanjawan 2021 dicadangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mampu menyelesaikan masalah Covid-19 dan ekonomi negara.

“Anwar Ibrahim perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat serta rakan sekutunya atas kesilapannya, jika tidak, DAP harus berpisah dengan PKR, membubarkan Pakatan Harapan dan menyusun semula barisan pembangkang di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

“Tidak sangka pula, kata-kata Pakatan Harapan tidak konsisten dengan perbuatan mereka. Pihak pembangkang bukan sahaja tidak dapat menghantar 15 ahli Parlimen untuk mencapai syarat minimum undi belah bahagi, malah terus memberi laluan kepada kerajaan Muhyiddin Yassin untuk melepasi halangan dengan mudah.”

Teh berkata tindakan ahli-ahli Parlimen PH semalam mengecewakan penyokong-penyokong mereka.

DAP merupakan parti terbesar dalam PH dengan 42 kerusi Parlimen, sementara PKR mempunyai 38 kerusi Parlimen dan Amanah 11.

Semalam selepas penggulungan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, hanya 13 orang ahli Parlimen pembangkang bangun menuntut undi belah bahagi, kurang dua untuk mencukupkan syarat bagi membolehkan undi belah bahagi dibenarkan.

Dr Mahathir Mohamad dan semua ahli Parlimen Pejuang, termasuk majoriti daripada Amanah berdiri menuntut undi belah bahagi sementara Anwar yang merupakan ketua pembangkang dan majoriti ahli Parlimen PKR dan DAP tidak berbuat demikian.

Teh berkata tindakan ahli-ahli Parlimen PH semalam mengecewakan penyokong-penyokong mereka.

“DSAI selaku ketua pembangkang juga mengarahkan semua ahli Parlimen DAP mengikut jejak beliau dan melakukan kesalahan ini.

“Hanya satu daripada 42 orang ahli Parlimen yang berdiri dan meminta undi belah bahagi. Ini adalah saat yang paling memalukan dalam sejarah perjuangan DAP di Parlimen sejak penubuhan parti,” katanya.

Teh turut menyelar sebilangan ahli Parlimen yang masih cuba menjustifikasikan tindakan mereka di Parlimen semalam.

“Mereka memberi alasan bahawa mereka akan menyokong usul undi belah bahagi di peringkat jawatankuasa serta bacaan ketiga.

“Penjelasan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab sekali. Bacaan kedua merupakan peringkat di mana ahli Parlimen menyatakan pendirian mereka berdasarkan prinsip-prinsip. Sekiranya belanjawan ditolak di bacaan kedua, maka bacaan ketiga kehilangan keperluannya.”

UTAMAPOLITIKPemuda DAP gesa parti pertimbang berpisah dengan PKR, bubarkan PH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium