Pemuda MIC Pulau Pinang Kecewa Dua Sambutan Masyarakat India Diketepikan Dalam Kalender Negeri - pakdin.my

J-DhinagaranPemuda MIC Pulau Pinang meminta kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung langkahnya tidak memasukkan sambutan Ponggal dan Thaipusam dalam kalender peristiwa penting tahun ini.

Ponggal, atau perayaan menuai, disambut pada 15 Jan, manakala Thaipusam disambut secara besar-besaran oleh penganut Hindu pada 27 Jan.

Ketua Pemuda MIC negeri J. Dhinagaran berkata tindakan mengetepikan dua perayaan itu samalah seperti tidak mengiktiraf tradisi, agama dan budaya masyarakat India.

Katanya laman web kerajaan negeri www.visitpenang.gov.my memuatkan Thaipusam sebagai acara penting 2011/2012, tetapi mengetepikannya dalam kalender 2012/2013.

“Oleh itu, kami mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi penjelasan tentang tindakan mengetepikan acara berkenaan dalam kalender acara penting tahun ini dan memohon maaf kepada masyarakat India,” katanya

UTAMAPOLITIKPemuda MIC Pulau Pinang Kecewa Dua Sambutan Masyarakat India Diketepikan Dalam Kalender...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium