24.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 19, 2021

Pemuda Pas Kelantan Tuntut Nga Mohon Maaf Kepada Umat Islam

KOTA BAHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan menuntut anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming supaya memohon maaf terhadap umat Islam berhubung entri di laman sosial Facebooknya yang didakwa menghina sambutan Aidilfitri.

Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata Nga sepatutnya tidak cuba ‘bergurau’ dalam isu-isu sensitif terutama membabitkan soal agama dan perlu menghormati adat serta budaya yang diamalkan kaum lain.

“Saya nak nasihatkan Nga jangan cuba untuk bergurau dalam isu-isu sensitif dan soal keagamaan seperti ini. Walaupun pemberian duit raya ini bukanlah satu amalan agama (dalam Islam), tapi paling tidak hormatilah adat dan budaya yang diamalkan dalam negara ini.

“Jalan yang paling baik, dia tidak menjadikan isu ini sebagai satu isu gurauan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Mahasiswa Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, Ahad.

Mengikut akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, bertajuk “Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya”, satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.

Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak bercakap “Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma..” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok…” dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.

Fadhli Shaari Dewan Pemuda PAS Kelantan
Fadhli Shaari Dewan Pemuda PAS Kelantan

Berita Berkaitan

Komen

  1. Rase nye tangkap masuk penjara je buat pengajaran pada yg lain 2 baru padan .setakat mohon maaf je .tak de ape 2yg menginsaf kan .hari ini mohon maaf sok buat lagi .

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.