Home POLITIK Pemuda Pas Ulangi Pendirian Tolak Anwar Sebagai MB Selangor

Pemuda Pas Ulangi Pendirian Tolak Anwar Sebagai MB Selangor

Mohd Nasaei Ismai

- Advertisement -

Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP), sekali lagi mengulangi gesaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim agar membatalkan hasratnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya berjaya mengekalkan kemenangan parti itu di Dun Kajang.

Menurut Setiausaha DPP, Mohd Nasaei Ismail sekiranya Anwar menang sebagai Adun Kajang, dia masih boleh membantu kerajaan negeri Selangor tanpa perlu meminta Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

“Kalaulah berlaku kemenangan kepada Anwar di DUN Kajang, tak jadi menteri besar sekali pun dia cukup kuat untuk memberi bantuan kepada kerajaan negeri Selangor.

“Jadi dia duduk dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebagai wakil rakyat, itu pun sebenarnya boleh memberi kredit yang besar kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat”, katanya.

Anwar sebelum ini membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan

- Advertisement -

tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.

Ketika diwawancara oleh Australia’s Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model sebelum melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali lagi membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan” katanya.

Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pemimpin Pas tampil membuat kenyataan bagi membantah ‘pengambilalihan kuasa’ itu antaranya kepimpinan sayap DPP yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazir wang rakyat.

Anwar juga dikatakan sudah mendapat sokongan DAP. Namun Pas dilihat masih bertegas mahukan Khalid untuk terus kekal dalam jawatan itu. Paling menarik, sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai Pas sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.

PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi membolehkan Anwar bertanding di situ pada pilihan raya kecil  23 Mac, langkah pertama ke arah beliau menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

7 sekeluarga dijangkiti Covid-19 akibat terawih di masjid

Tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid. Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri...

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

991FansLike
4,800FollowersFollow
3,327FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

10 sebab mengapa peralihan kerajaan tidak akan berlaku

Lewat malam tadi, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyatakan Mesyuarat...

Telur tamat tempoh punca 99 mangsa keracunan puding buih

Kes keracunan makanan akibat puding buih yang melibatkan 99 pesakit di Terengganu baru-baru ini berpunca daripada penggunaan telur yang telah tamat tempoh. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan...

Maka bergaduhlah balik penyokong DSAI dan penyokong TDM

Seperti dijangka, belum apa-apa lagi pun terus sahaja pergaduhan berlaku di antara penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai...

Pertemuan dengan Tun M cadang kerajaan tanpa DAP, Anwar – Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kertas yang dibaca oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam gambar tular di media sosial adalah dokumen akuan...

Syed Saddiq bukan lagi Ahli parti – PPBM Bahagian Muar

PEMBETULAN KENYATAAN BERSATU MUAR ... Kami merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa bahawa Bersatu Bahagian Muar menolak pemecatan beliau. Kami...

Melaka bergolak lagi?

Orang UMNO tersebut telah menghubungi pemimpin PH secara tidak rasmi, menyatakan hasrat berundur daripada Perikatan Nasional (PN). .................... Melaka yang baru sahaja menyaksikan pertukaran kerajaan negeri...

Sibuk berzumba, 15 wanita ingkar PKPB didenda RM1,000

Seramai 15 wanita yang melakukan aktiviti zumba di sebuah premis di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar Perintah Kawalan...

ADUN Angkat: Adakah kuasa parti DAP lebih besar banding pemilihan Rakyat dalam PRU

DAP bukan hirau sangat keputusan Mahkamah Persekutuan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan pun. Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu: 1. Mengosongkan dua kerusi DUN wakil parti PPBM. 2. Tarik balik...

[Video] DAP Mengutuk Perjuangan PAS

Liew Chin Tong dari DAP telah menulis satu artikel bertajuk “PAS yang tersalah haluan” (BACA DI SINI). Artikel ini menunjukkan yang DAP masih tidak...

Saintis dapati lelaki di Malaysia miliki jari manis panjang, kurang risiko kematian akibat Covid-19

Para saintis yang diketuai oleh Universiti Swansea mengkaji jari manis lelaki di 41 negara Negara di mana lelaki mempunyai jari manis pendek, kadar...

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu