25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

‘Jakun’ cukup ofensif, pemuda tersinggung etnik Orang Asli dihina

Sebenarnya yang mengata Jakun atau mempersendakan kaum atau etnik lain sebagai tidak bertamadun dan tidak berilmu. Fikiran mereka sempit yang melihat dunia pada lingkungan mereka sahaja. Keluarlah dari kepompong, jangan terus duduk dibawah tempurung.

………..

Seorang pemuda Orang Asli Jakun berasa berang dan terhina apabila nama suku kaumnya dipermain-mainkan oleh pihak yang kurang peka.

Dikenali ‘Uncle Barry’, lelaki tersebut berkata ‘Jakun’, yang sering dirujuk sebagai perangai buruk individu atau teruja dengan benda baru adalah “ofensif”, maka penggunaannya perlu dihentikan.

Dalam Twitternya, Uncle Barry menegur anak muda Melayu perlu banyak membaca supaya lebih mengenali suku kaum Orang Asli itu.

“Kenapa tidak kamu semua berkawan dengan Orang Asli. Selami gaya hidup, cara-cara, adat-adat, malah belajar sikit-sikit bahasa dan dialek kami.

“Kami akan berasa dihormati…Bangsa kami tak berperangai seperti ini di depan vending machine,” katanya, merujuk satu video klip yang tular di Twitter.

Pemiliknya dikenali @denialmuslim merakam video rakannya kagum melihat mesin layan diri air tin kini boleh dibayar menggunakan Touch ‘n Go.

Amnijung: Apa yang dia nak sampaikan adalah, kita tak sepatutnya perkataan Jakun merujuk kepada teruja dan lain-lain tetapi merujuk kepada kaum. Bukan dia tak faham maksud jakun korang itu.

AzaaaLina: Jadi dah boleh henti guna kot, sebab dalam Malaysia ni jakun ialah etnik. Dah 2020 ni boleh jadi bijak sikit kot dengan cari perkataan lain yang lebih sesuai nak explain teruja.

Snugdeal3r: Dulu pun saya selalu cakap “jakun” “sakai” sehingga ayah saya berkawan dengan orang asli di Bentong, kami berhenti. Ia dilihat sebagai ofensif dan saya memahaminya sekarang.

Sebab mereka tidak berperangai seperti orang Melayu menggambarkan perkataan ‘jakun’ itu.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.