Pemuda UMNO sambut baik komitmen kerajaan sokong perkembangan ekonomi GIG – Asyraf Wajdi - pakdin.my

Pemuda UMNO hari ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob yang menyatakan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan ekosistem menyokong perkembangan ekonomi GIG dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut beliau berita ini amat dinanti-nantikan untuk pekerja-pekerja yang terlibat dalam industri ekonomi GIG terutamanya p-hailing dan e-hailing yang ramai diceburi oleh generasi muda sehingga sudah melebihi 700 ribu orang.

“Di peringkat Pemuda UMNO telah menubuhkan satu Task Force yang turut dianggotai Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 50 wakil-wakil kesatuan p-hailing dan e-hailing untuk memperjuangkan lima isu pokok.

“Antara lima Resolusi Tuntutan Hak Penghantar telah diperhalusi seperti yang berikut, pertamanya mencadangkan kepada Kerajaan agar status individu yang terlibat di dalam industri e-hailing dan p-hailing diiktiraf sebagai pekerja dan dilindungi oleh Akta Kerja 1955 dan akta-akta berkaitan.

“Menggesa Kerajaan untuk mewujudkan sebuah badan kawal selia yang mengkaji keperluan peraturan-peraturan (regulations) yang lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan dan penghantar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Seterusnya tambah beliau lagi bekerjasama dengan Kerajaan untuk memastikan kaedah terbaik penyedia perkhidmatan menyediakan perlindungan sosial (KWSP & PERKESO) buat penghantar-penghantar di Malaysia.

“Resolusi seterusnya mencadangkan kepada Kerajaan untuk memberikan dan menyediakan bantuan khas kepada penghantar-penghantar di dalam Bajet 2022 nanti. Selain itu mendesak penyedia perkhidmatan untuk memberi jaminan pekerjaan kepada penghantar-penghantar dengan menangguhkan sebarang penggantungan dan penamatan khidmat penghantar-penghantar dalam tempoh pendamik ini,” katanya lagi.

Terdahulu bagi sessi Pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat Perdana Menteri menjelaskan bahawa kerajaan akan mewujudkan ekosistem yang menyokong perkembangan ekonomi GIG bagi menggalakkan rakyat memanfaatkan sepenuhnya peluang ini.

Ianya termasuk menawarkan perkhidmatan menggunakan platform digital seperti e-hailing dan p-hailing.

UTAMABERITAAMPemuda UMNO sambut baik komitmen kerajaan sokong perkembangan ekonomi GIG – Asyraf...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium