Pemujaa Tokong mohon maaf kepada umat Islam di Malaysia - pakdin.my

PARIT BUNTAR – Nelayan Lim Lip Kok hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas keterlanjurannya mengadakan ritual di sebuah tokong di sini dengan berpakaian seperti orang Islam, sebagaimana yang tular baru-baru ini. 

Lim, 43, berkata beliau sangat menyesal dengan perbuatannya itu yang menyinggung perasaan sahabat Islam dan Melayu seterusnya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Permohonan maaf Lim dibuat dalam Bahasa Mandarin dan diterjemahkan oleh Setiausaha Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Cheah Han Boon.

Pada 7 Jun lepas, tular rakaman gambar seorang lelaki melakukan pemujaan di Tokong Datuk Kong, Taman Piandang Indah, Tanjung Piandang dengan memakai kopiah putih dan berkain pelikat sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam.

Sementara itu, Biro Agama Masjid Tanjung Piandang Mohd Yusop Budin berkata pihak Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) telah berbincang menerima permohonan maaf itu.

Perbuatan Lim itu menjatuhkan maruah orang umat Islam. Kita mahu menjaga kebaikan apa juga agama demi kebaikan semua pihak,” katanya.

“Saya minta maaf, saya minta maaf, saya minta maaf. Kelakuan saya yang tidak sengaja dan tidak berniat langsung telah menyebabkan ketidakselesaan bagi rakyat Malaysia dan menyinggung perasaan orang Melayu,” katanya dalam sidang media di sebuah dewan di Tanjung Piandang di sini hari ini.

Rujukan:
Hina agama: Lelaki berkopiah buat sembahan di tokong, AJK masjid lapor polis [Video]
https://pakdin.my/hina-agama-lelaki-berkopiah-buat-sembahan-di-tokong-ajk-masjid-lapor-polis-video/

UTAMABERITAPemujaa Tokong mohon maaf kepada umat Islam di Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium