25.1 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

Pemungut Sampah Pertahan Gelaran Ratu Cantik

ratu-cantik-pemungut-sampah

SAMUT PRAKAN: Kemenangan Khanittha “Mint” Phasaeng yang dinobatkan sebagai Miss Uncensored News Thailand 2015 baru-baru ini nyaris dibatalkan apabila dia didapati menipu mengenai tahap pendidikan, selain status sebagai pemungut sampah terbongkar.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari mahkota kemenangan itu diperoleh, penganjur pertandingan ratu cantik itu memutuskan gadis berusia 17 tahun itu berhak mengekalkan gelaran itu.

Gadis itu didapati menipu ketika mengisi borang penyertaan dengan menyatakan dia lulus Mathayom 6 (Tahap 12) sedangkan tahap pendidikan tertingginya adalah Mathayom 3.

Penganjur mendapat tahu mengenainya apabila pihak universiti menghubungi mereka untuk menawarkan biasiswa kepada penenang pertandingan itu.

Mint membantu ibunya memungut sampah sebagai punca utama pendapatan keluarga mereka.
Mint membantu ibunya memungut sampah sebagai punca utama pendapatan keluarga mereka.

Malahan, keperibadiannya juga menjadi bualan apabila diketahui beliau membantu ibunya memungut sampah untuk menyara kehidupan, selain menjadi penari untuk persembahan kumpulan muzik tempatan.

Selain itu, Mint juga menjual barangan terpakai untuk menambah pendapatan.

Walaupun semakin dikenali ramai berikutan gelaran yang diperolehnya baru-baru ini, Mint dikatakan tidak malu dengan pekerjaan yang dilakukannya.

Sebaliknya, dia berjanji akan terus membantu ibunya kerana memungut sampah adalah punca pendapatan utama untuk membezarkannya selama ini.

Mint juga memohon maaf kepada penganjur pertandingan ratu cantik itu, Somchai Leknoi kerana menipu dan mengakui tidak berniat melakukannya.

Malahan, katanya, dia tidak memeriksa borang penyertaan yang diisi bapa saudarannya sebelum dikemukakan kepada penganjur pertandingan itu.

Menerusi pertandingan itu, Mint menerima wang tunai 30,000 baht (RM3,615) sebagai sebahagian hadiah kemenangan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.