Penamaan Calon Pada 11 Mac, 23 Mac Hari Pengundian #PRKKajang - pakdin.my

ABDUL Aziz (kiri) bersama Hasan Nawawi (kanan) melihat peta Kajang selepas mengumumkan tarikh Penamaan Calon dan tarikh mengundi.
ABDUL Aziz (kiri) bersama Hasan Nawawi (kanan) melihat peta Kajang selepas mengumumkan tarikh Penamaan Calon dan tarikh mengundi.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebentar tadi menetapkan tarikh penamaan calon bagi N25 Kajang pada 11 Mac manakala 23 Mac pula sebagai tarikh pengundian dan tarikh pengundian awal pada 19 Mac.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 39,278 pemilih berdaftar akan membuang undi di mana 1,197 pengundi awal serta 26 pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata, pihaknya juga menetapkan Komnpleks Sukan MPKJ Seksyen 15, Bandar Baru Bangi sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi.

“Anggaran kos perbelanjaan bagi pilihan raya kecil adalah sebanyak RM1.6 juta.

SPR juga melantik Yang Dipertuan Majlis Perbandaran Kajang Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya N25 Kajang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

UTAMAPILIHAN RAYAPenamaan Calon Pada 11 Mac, 23 Mac Hari Pengundian #PRKKajang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium