30 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

"PENAMATAN F1, BERAKHIRNYA SATU LAGI LEGASI MAHATHIR"

Demi menjimatkan perbelanjaan, perlumbaan Formula 1 (F1) yang diadakan setiap tahun di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal tamat selepas tahun 2018 ekoran keadaan ekonomi semasa.

Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan pada setiap tahun ialah RM300 juta.

Perkara itu diberitahu oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz bahawa kontrak penganjuran sukan lumba kereta paling berprestij di dunia itu tidak akan disambung selepas 2018.

“Penganjuran F1 terlalu mahal untuk diteruskan dan sambutan daripada peminat sukan permotoran ini semakin hari semakin berkurangan,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen semalam.

Jadi kontrak penganjuran F1 untuk tempoh 2016 hingga 2018 ini adalah yang terakhir.

Menurut beliau, kerajaan memperuntukkan wang sebanyak itu untuk menganjurkan perlumbaan berkenaan untuk menarik kemasukan pelancong asing, selain memupuk bakat pelumba tempatan.

Menurutnya perlumbaan F1 berbeza dengan perlumbaan Moto GP yang sehingga kini berupaya menarik peminat dari dalam dan luar negara, selain memberi ruang kepada bakat tempatan untuk menonjol di arena antarabangsa.

Berakhirnya, perlumbaan F1 pada 2018 menandakan berakhirnya satu legasi dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengilhamkan SIC dan membawa perlumbaan itu ke negara ini.

Perlumbaan F1 di Malaysia bermula pada tahun 1999 dan pada mulanya mendapat tentangan dari rakyat kerana dikatakan sebagai satu projek yang membazir.

Program berprestij dunia itu sudah lebih 15 tahun diadakan di Malaysia dan pada zaman kegemilangannya mengundang puluh ribu penonton dan pelancong dari seluruh dunia menyaksikan perlumbaan yang digelar perlumbaan paling hangat di dunia.

Ia adalah disebabkan oleh suhu kepanasan litar yang tinggi di SIC pada setiap kali penganjurannya memandangkan lokasi Malaysia di kawasan Khatulistiwa.

Kemerosotan penonton ada kemungkinan disebabkan oleh keadaan cuaca panas yang mengekang kehadiran pelancong dari Eropah dan negara yang beriklim sejuk semata-mata mahu menonton F1.

Selain pembukaan litar litar baru yang lebih menarik dan dinamik. Sukan F1 juga sudah mula hilang tarikan kerana saingan tidak seberapa hebat ketika zaman Schumacher, yang diiktiraf sebagai pemandu F1 terhebat sepanjang zaman.

Zaman berlalu dan minat masyarakat juga berubah seiring dengan zaman.

Bagaimana merosotnya sokongan yang diperolehi oleh bekas Perdana Menteri itu kini, begitulah juga merosotnya jumlah penonton ke acara itu sehingga membuatkan penganjurannya terpaksa ditamatkan.

Di Singapura juga, perlumbaan F1 mungkin ditamatkan menurut kata Bernie Ecclestone, F1 Supremo. Kosnya sahaja mencecah USD$105 untuk sekali penganjuran. 60% kos ditanggung kerajaan Singapura sejak penganjuran pertamanya pada 2008.

Pulangan jualan tiket yang rendan dan rendahnya penonton F1 di televisyen membuatkan sukan F1 mulai merosot.

Sukan berkos tinggi dan penonton perlu berbelanja besar. Memang wajar sangat F1 ditiadakan dan wang itu digunakan untuk faedah yang lain. Tindakan Malaysia dan Singapura dalam hal ini adalah betul dengan keadaan ekonomi semasa.

Mahathir hendak buat demonstrasi jalanan sebab batalkan legasi F1 ini?

20161122-f1-sepang-tamat

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan