Statistik Corona

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Malaysia
73,258
Active
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,241,090
Confirmed
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Indonesia
4,084,831
Recovered
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Indonesia
143,270
Deaths
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm

Global

All countries
245,310,781
Confirmed
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
All countries
220,679,369
Recovered
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
All countries
4,979,544
Deaths
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm

Penambahan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak satu keperluan – Azalina

Penambahan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) adalah satu keperluan memandangkan terdapat peningkatan kes yang tinggi direkodkan di setiap negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita dan Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said berkata berikutan itu, satu permohonan untuk membuat kunjungan hormat kepada Ketua Hakim Negara akan dibuat bagi berbincang dan mencari penyelesaian kepada isu itu.

“…ia termasuk meningkatkan bilangan perjawatan khusus pegawai kehakiman gred Jusa C bagi Hakim Mahkamah JSKK, membangunkan kapasiti dan memperkuatkan kerjasama pelbagai agensi untuk mempercepatkan penyelesaian kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rumusan keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat yang ke-3 Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial baru-baru ini.

Antara keputusan lain ialah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan menyediakan kertas kajian yang memperincikan mekanisme Penubuhan Suruhanjaya Bebas Kanak-kanak (SBKK) yang mana ahli jawatankuasa telah bersetuju memberikan tempoh masa dua minggu untuk perkara itu diselesaikan sebelum dibawa semula ke dalam mesyuarat seterusnya.

Selain itu, Azalina berkata tiga jawatankuasa kerja telah dibentuk di bawah Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga (JMKRT) iaitu Jawatankuasa Advokasi dan Pembangunan Kapasiti, Perlindungan dan Data.

Beliau berkata hala tuju penubuhan jawatankuasa itu bertujuan memperhalusi tindakan serta mekanisme pelaksanaan dan pengendalian kes secara holistik dan efektif termasuk menambah baik aspek advokasi, perlindungan dan pelaporan data.

Katanya lagi, mesyuarat itu bersepakat untuk melibatkan ahli-ahli Jawantankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial sebagai pemerhati dalam JMKRT.

“Untuk mesyuarat yang akan datang, Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial telah mencadangkan agar menjemput NGO (badan bukan kerajaan) dan pihak berkepentingan lain untuk turut hadir ke dalam perbincangan seterusnya,” katanya.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021