27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

PENANG INSTITUTE MEMBISU ISU SUMBANGAN YAYASAN SOROS

GEORGE TOWN: Badan pemikir kerajaan negeri Pulau Pinang, Penang Institute memilih untuk berdiam diri berhubung isu sumbangan daripada yayasan George Soros, Open Society Foundation (OSF).

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute Zairil Khir Johari berkata pihaknya tidak mahu mengulas perkara itu.

“Tiada komen,” katanya ketika dihubungi FMT.

Respon beliau diambil susulan laporan mengenai minit mesyuarat OSF yang membincangkan strategi untuk pilihan raya umum akan datang. Dokumen itu dibocorkan oleh laman tukang adu, DC Leaks.

Dokumen bertajuk “2014 Work Plan for Southeast Asia Program”, Penang Institute disenaraikan sebagai salah satu daripada penerima dana di bawah program “Political Participation of Citizens”.

Sumbangan itu bukan dalam bentuk wang tunai tetapi dalam bentuk geran pengajian untuk meneruskan pengajian felo lepasan ijazah di Sekolah Dasar Awam di Universiti Eropah Tengah, Hungary. Setiap sesi untuk 2 hingga 3 orang.

Ia juga menyatakan tuisyen, wang sara hidup dan belanja perbelanjaan setiap pelajar terpilih adalah ditanggung. Peruntukan yang dicadangkan bagi tujuan itu antara AS$588,000 hingga AS$672,000.

Selain Penang Institue, penerima lain termasuk:

Comfrell, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Islamic Renaissance Front, Komas, Merdeka Center for Opinion Research, Suaram, Suaram International, Citizen Journalists Malaysia (Sabah), Unimas, Café Democracy, Internet Dialogue on Law Reform, NBTC Watch, People Information Center, dan Patani Forum.

DC Leaks sebelum ini memuatnaik dokumen yang menunjukkan rancangan oleh sebuah kumpulan asing yang berniat untuk mencampuri politik negara melalui “Malaysia Program”.

Dokumen itu membocorkan minit mesyuarat, yang didakwa membabitkan ahli OSF dan Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian. Menurut Ibrahim, beliau hanya berada disitu untuk suatu pembentangan dan beredar sejurus selepas itu.

Minit itu mendedahkan OSF memulakan usahanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2010, yang pada awalnya dijangka diadakan pada 2011, iaitu 2 tahun selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razakm mengambil alih tampuk kepimpinan.

Sebelum ini, Soros dikaitkan dengan aktiviti pro-demokrasi di Eropeah Timur dan dituduh terbabit dengan manipulasi matawang. Soros terkenal di Malaysia pada penghujung 1990-an apabila perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh beliau mencipta Krisis Matawang Asia 1997.

Penang Institute Dibiayai George Soros
Penang Institute Dibiayai George Soros






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Malaysia Mahathir punya – Najib Razak

Pagi ini, Tun Mahathir kritik UMNO sebab kita mahu timbangkan semula kerjasama kita dengan...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan