Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm

Malaysia

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm

Global

All countries
231,561,073
Confirmed
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm
All countries
206,512,879
Recovered
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm
All countries
4,745,380
Deaths
Updated on September 24, 2021 16:04 4:04 pm

Penangguhan Pemilihan UMNO : Penjelasan SUA Jelas, Tidak Timbul Pertikaian

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memuatnaik kronologi isu penangguhan pemilihan parti yang diperjelaskan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini.

Dipendekkan cerita tambahnya, jika MKT buat keputusan untuk menangguh pemilihan pada 7 Julai, ya, mungkin ROS ada sebab hendak menimbulkan isu.

“Tetapi semak penjelasan SUA di bawah…adakah bunyinya keputusan MKT untuk menangguh pemilihan dibuat pada 7 Julai (yakni selepas tamat tempoh penggal 30 Jun)? Atau dibuat sebelum itu? Jika ROS bersetuju dengan pendirian bahawa ia dibuat sebelum 30 Jun sepertimana penjelasan SUA, maka tidak lagi timbul sebarang pertikaian,” ujarnya menerusi catatan di Facebook.

Berikut kenyataan penuh Shahril Hamdan.

ROS BETUL KALAU..

Memuatnaik semula kronologi isu penangguhan pemilihan UMNO yang ditulis oleh SUA setelah tular beberapa tanggapan tentang betul atau salah prosedur permohonan yang dibuat.

Pendek cerita, jika MKT buat keputusan untuk menangguh pemilihan pada 7 Julai, ya, mungkin ROS ada sebab hendak menimbulkan isu.

Tetapi semak penjelasan SUA di bawah.

Adakah bunyinya keputusan MKT untuk menangguh pemilihan dibuat pada 7 Julai (yakni selepas tamat tempoh penggal 30 Jun)? Atau dibuat sebelum itu? Jika ROS bersetuju dengan pendirian bahawa ia dibuat sebelum 30 Jun sepertimana penjelasan SUA, maka tidak lagi timbul sebarang pertikaian.

Apapun, kita beri ruang kepada SUA dan peguam yang mahir dalam soal teknikal serta tafsiran peraturan untuk mengemukakan penjelasan serta dokumentasi sewajarnya apabila berjumpa dengan ROS, atau sewaktu apa-apa tindakan selanjutnya.

—-

Dipetik dari FB The Ahmad Maslan

*Rentetan peristiwa / kronologi mengenai pemilihan UMNO*

*19 Feb 2021*

Mesy MKT UMNO bersetuju menangguhkan pemilihan 2021 & perinciannya akan dibincang lagi setelah Perhimpunan Agung UMNO.

*27/28 Mac 2021*

Perhimpunan Agong UMNO 2020 secara maya & bersemuka. Mesy MKT UMNO pada 27/3/21 khusus tentang PAU2020.

*25 April 2021*

Mesy MKT UMNO memutuskan utk merujuk penangguhan pemilihan kpd ROS & MKN.

*27 April 2021*

Surat SUA UMNO kpd KP MKN (Pertemuan SUA & KP MKN juga diadakan)

*30 April 2021*

Surat SUA UMNO kpd KP KKM (Pertemuan SUA dgn KP KKM juga diadakan)

*10 Mei 2021*

Surat jawapan KP KKM menyatakan tentang cadangan pemilihan secara maya di semua peringkat. Jika tidak boleh, harap ditangguhkan memandangkan kes Covid yg masih tinggi.

*24 Mei 2021*

Surat SUA UMNO kpd KP ROS

*2 Jun 2021*

Surat KP ROS kpd SUA UMNO menyatakan mesy agung pertubuhan ditangguh ketika lock-down.

*11 Jun 2021*

Surat jawapan TKP MKN juga mencadang pemilihan dibuat secara maya. Jika tidak boleh, maka perlu ditangguhkan.

*18 Jun 2021*

Keputusan 52 drpd 56 Ahli MKT UMNO secara resolusi edaran / pekeliling / circular resolution telah bersetuju menangguhkan pemilihan berdasar tidak boleh & tidak pernah diadakan pemilihan secara maya (rujuk MKN & KKM).

Mesy MKT bersemuka tidak dapat diadakan kerana PKPD. Resolusi secara edaran / pekeliling adalah dibolehkan utk membuat keputusan. (rujukan Peguam UMNO)

*24 Jun 2021*

*Surat SUA UMNO kpd KP ROS memaklumkan keputusan MKT UMNO itu.*

*30 Jun 2021*

Penggal mesyuarat pemilihan baru sepatutnya diadakan

*7 Julai 2021*

Mesy MKT UMNO mengabsahkan keputusan Ahli MKT pada 18 Jun 2021 utk menangguhkan pemilihan.

*19 Julai 2021*

Surat KP ROS sebut tiada halangan ttg penangguhan pemilihan mengikut Perlembagaan UMNO Perkara 10.16.

*30 Julai 2021*

Surat SUA UMNO kpd KP ROS tentang minit Mesy MKT 7 Julai 2021 yg mengabsahkan keputusan (resolusi edaran / pekeliling 18 Jun 2021)

*6 Ogos 2021*

Surat KP ROS menyatakan keputusan Mesy MKT UMNO mengenai penangguhan pemilihan itu tidak sah.

*9 Ogos 2021*

SUA UMNO akan memberi surat jawapan balas kpd KP ROS. Peguam UMNO telah dirujuk & mereka menyatakan tiada sebarang kekhilafan di pihak UMNO.

Berkaitan