Pencari Rumbia Disambar Buaya Ketika Mencuci Tangan Di Kampung Beladin. - pakdin.my

Mangsa, Drahman Chali

BELADIN, SARAWAK – Drahman Chali, 55, yang berasal dari Kampung Beladin, Pusa telah menjadi mangsa terbaharu serangan buaya.

Mangsa telah disambar reptilia ganas itu ketika hendak mencuci tangan di Sg. Saribas, Beladin kira-kira jam 8 pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakannya, Mohd Nor Bujang, 51, hen-dak mencari batang rumbia di kawasan sungai berkenaan kira-kira jam 8 pagi semalam.

Menurut Mohd Nor, sebelum kejadian itu berlaku, dia bersama mangsa hendak bersarapan terlebih dahulu di tebing sungai tempat mereka mengambil batang rumbia tersebut.

“Sebelum makan, dia turun ke sungai untuk membasuh tangannya.

“Namun, sebelum sempat saya melarangnya dia telah tergelincir dan terus disambar buaya.

“Saya cuba untuk menyelamatkannya tetapi buaya ter-sebut telah menariknya ke dasar sungai dan terus hilang dari pandangan,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Mohd Nor berkata dia masih menunggu mangsa kira-kira setengah jam di kawasan itu dengan harapan mangsa masih selamat dan timbul di permukaan air.

Batang Saribas, Beladin lokasi mangsa di sambar buaya

“Namun begitu, mangsa tidak timbul dan saya mengambil keputusan untuk meminta pertolongan penduduk kampung,” katanya.

Pada masa yang sama Mohd Nor turut menemui kesan telapak kaki buaya tersebut yang dalam anggaran sebesar telapak tangan lelaki dewasa dan sebelah kasut mangsa tidak jauh dari kawasan kejadian.

Dia yang telah berpuluh tahun menjalankan kerja tersebut bersama-sama mangsa tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku kepada mangsa.

Sementara itu, pihak polis dari Balai Polis Pusa menjelaskan, setelah menerima laporan daripada Mohd Nor pada jam 2 petang, operasi mencari terus dijalankan.

Operasi mencari tersebut turut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan penduduk bagi mencari mangsa yang masih belum ditemui.

“Operasi bermula sejurus setelah menerima laporan dan ia tertumpu di sekitar lokasi kejadian, termasuk di beberapa lubuk sungai berkenaan.

“Ini kerana mangsa mungkin dibawa ke kawasan lubuk sungai tersebut. Setakat ini operasi masih diteruskan untuk mencari mangsa,” katanya.

++++

UTAMABERITAPencari Rumbia Disambar Buaya Ketika Mencuci Tangan Di Kampung Beladin.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium