Pencemaran Toksik: JAS tumpu tapak pelupusan sampah dan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang

Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melakukan pemantauan agresif terhadap tapak pelupusan haram di Pasir Gudang esok, bagi mengenalpasti punca sebenar berlaku insiden sesak nafas di beberapa buah sekolah sejak Khamis.

Ini susulan JAS percaya tapak pelupusan itu turut berpotensi menyumbang kepada punca kejadian.

Pengarahnya Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata selain tapak pelupusan haram, pihaknya juga akan memeriksa semula kawasan Sungai Kim Kim yang terjejas akibat pembuangan sisa buangan kimia pada Mac lepas.

“Kita takut orang buang sesuatu somewhere, sebab itu kita akan buat rondaan (pemantauan) dengan menggunakan drone dan kaedah lain,” katanya yang dihubungi Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata dijangkakan seramai 150 anggota penguatkuasa akan terbabit dalam operasi tersebut.

“Kita juga akan mendapatkan bantuan daripada syarikat konsesi JAS untuk menggunakan mobile unit mereka bagi memantau kualiti udara dengan parameter yang lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata buat masa ini, pemantauan pihaknya tertumpu di sekolah yang terjejas dan kilang berdekatan dengan kekerapan pemeriksaan adalah setiap empat jam menggunakan alat ‘multi gas detector’ lapor Bernama.

Sementara itu Ihsan Johor membuat permintaan untuk sesiapa yang ada pakaian lebih untuk gantian adik adik di sekolah rendah dan menengah, serta tuala.
Sumbangan Boleh serahkan kepada Ihsan Johor di Pejabat mereka di Jalan Straits View 4, Straits View, 80200 Johor Bahru, Johor

Sumber:
Southern Vengers

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/toksik

Loading...

2 COMMENTS

Comments are closed.