Penceramah PKR maut dalam nahas di Shah Alam

Ceramah Zuraida yang dihadiri oleh 6 orang sahaja

Ceramah Zuraida yang dihadiri oleh 6 orang sahaja
gambar hiasan

Seorang penceramah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Seksyen 19 di sini malam tadi.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam ketika mangsa, Suhaimi Hassan, 59, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 19 selepas selesai menyampaikan ceramah di Seksyen 17 di sini.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat,” katanya

Tambahnya, polis masih menyiasat punca kejadian.

Loading...

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini