Penceroboh Sulu Tidak Kebal #OpsDaulat #CerobohSabah - pakdin.my

Polis Diraja Malaysia (PRDM) mengeluarkan gambar yang menunjukkan kumpulan pengganas militan menggunakan tangkal dan azimat yang kononnya mampu memberi kekebalan dan kemenangan kepada si pemakai. Namun kebanyakan mereka mati terkena peluru pasukan keselamatan Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PRDM) mengeluarkan gambar yang menunjukkan kumpulan pengganas militan menggunakan tangkal dan azimat yang kononnya mampu memberi kekebalan dan kemenangan kepada si pemakai. Namun kebanyakan mereka mati terkena peluru pasukan keselamatan Malaysia
BERBAU... Anggota polis menunjukkan bungkusan yang mengandungi mayat-mayat penceroboh Sulu sebelum di hantar ke Hospital Lahat Datu, Sabah untuk proses bedah siasat. Mayat-mayat ini dikeluarkan dari Kampung Tanduo
BERBAU… Anggota polis menunjukkan bungkusan yang mengandungi mayat-mayat penceroboh Sulu sebelum di hantar ke Hospital Lahat Datu, Sabah untuk proses bedah siasat. Mayat-mayat ini dikeluarkan dari Kampung Tanduo

LAHAD DATU: Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka sebenarnya tidak kebal, sepertimana yang diperkatakan.

“Ini terbukti apabila pasukan keselamatan menembak mati 54 orang daripada mereka,” kata Penolong Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohammed Yusoff pada Isnin.

Beliau berkata, cerita mengenai kekebalan penceroboh Sulu itu menjadi percakapan ramai apabila tersebar di laman sosial gambar mereka yang terbunuh memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badan. Ramli berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan berkenaan bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.

“Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahankan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita,” katanya

UTAMABERITASABAHPenceroboh Sulu Tidak Kebal #OpsDaulat #CerobohSabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium