Pendaftaran Produk Tradisional Aman Liquid dibatalkan - pakdin.my

Pendaftaran produk tradisional, Aman Liquid dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 27 September lalu selepas dikesan mengandungi racun berjadual ‘Yohimbine’.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehubungan itu, penjual dan pengedar produk ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Selain itu, katanya, orang awam juga turut digesa supaya mengelak daripada membeli dan mengguna produk tradisional ini.

“Yohimbine adalah sejenis alkaloid yang biasanya diperolehi dari tumbuhan ‘Puasinystalia Yohimbe’ dandigunakan dalam rawatan kegagalan erektil atau lemah tenaga batin.

“Bahan ini tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional. Penggunaan ‘yohimbine’ secara tidak terkawal boleh menyebabkan kesan advers serius seperti peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, keresahan, insomnia, halusinasi dan mania,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bahan ini boleh memberikan kesan mudarat kepada golongan tertentu seperti perempuan mengandung, pesakit darah tinggi, jantung, buah pinggang atau hati.

20161009020161009-aman-liquid-haram

UTAMAPendaftaran Produk Tradisional Aman Liquid dibatalkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium