27.4 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Pendakwa Mengaku Kesilapan Dalam Pertuduhan Terhadap Khir Toyo

shafee-pendakwaraya-kes-liwat2
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Khir

Pihak pendakwaan mengaku di Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin bahawa terdapat kesilapan dalam pertuduhan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang disabitkan atas pertuduhan mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo untuk dirinya dan isteri.

Timbalan Pendakwa raya Masri Daud juga mengaku bahawa tiada pindaan dibuat terhadap pertuduhan.

Beliau berkata pihak pendakwaan hanya menyedarinya apabila kes berada di peringkat rayuan dan menambah pertuduhan tidak boleh dipinda selepas Dr Khir didapati bersalah.

“Pertuduhan itu seharusnya menyatakan Dr Khir, atas sifatnya sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) (dan tidak atas kapasiti sebagai menteri besar). Tetapi saya berhujah bahawa kesilapan itu boleh diperbetulkan di bawah Seksyen 422 Kanun Prosedur Jenayah,” kata Mohd Masri.


Beliau berhujah bahawa sabitan Dr Khir tidak patut dibatalkan kerana kesilapan yang dilakukan tidak menyebabkan kegagalan menegakkan keadilan, sambil menambah bahawa sebagai menteri besar Selangor ketika itu, Khir juga secara automatik pengerusi PKNS.

Mohd Masri juga berkata tiada tanda-tanda bahawa Dr Khir dikelirukan kerana kesilapan dalam pertuduhan.

“Perayu (Khir) menyandang dua jawatan pada masa itu,” kata beliau dalam rayuan akhir yang difailkan oleh Dr Khir yang memohon untuk mengetepikan sabitan dan hukumen penjara 12 bulan ke atasnya.

Hakim Zulkefli yang mempengerusikan panel lima orang hakim berkata “prinsip asas undang-undang jenayah menyatakan bahawa unsur-unsur penting dalam pertuduhan mesti dibuktikan.”

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Khir berhujah bahawa walaupun pertuduhan menyatakan bahawa anak guamnya telah menggunakan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor untuk mendapatkan tanah dan hartanah di bawah nilai pasaran, perbicaraan bagaimanapun merujuk kedudukan Dr Khir sebagai pengerusi PKNS.

Selepas mendengar hujah daripada Mohd Masri dan hujah balas daripada peguam Shafee dan Kamarul Hisham Kamarudin, Hakim Zulkefli berkata mahkamah menangguhkan keputusan rayuan hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.


Hakim (Zulkefli) berkata mahkamah menangguhkan keputusannya kerana ia memerlukan masa untuk meneliti semua isu yang dibangkitkan dalam rayuan.

Beliau berkata mahkamah juga akan menyampaikan alasan penuh penghakiman.

Panel itu, yang juga dianggotai Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali menyambung sidang untuk mendengar hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan pada Isnin.

Mahkamah mula mendengar rayuan itu pada 9 Dis tahun lepas.

Pada 23 Dis 2011, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Dr Khir, 50, bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 47, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan ke atasnya.


Hartanah itu dikatakan diperoleh empat tahun lalu daripada Shamsuddin Hayroni yang menjadi pengarah Ditamas Sdn Bhd.

Dr Khir dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan supaya hartanah terbabit dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan.

Pada 30 Mei 2013, Mahkamah Rayuan menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Dr Khir kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...