Pendakwaan terhadap Najib terdesak tunaikan manifesto, saya tetap peguambelanya – Shafee

“Anda akan tetap melihat saya di sini dan pihak berkuasa tidak boleh menghalang saya menjadi peguam bela Datuk Seri Najib Razak.”

Demikian jawapan peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketika ditanya apakah beliau akan meneruskan pembelaan kes membabitkan bekas Perdana Menteri yang didakwa atas 32 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

“Apa yang saya lihat sekarang mengesahkan apa yang beliau sudah nyatakan, beliau tidak pernah mengubah kenyataannya kepada saya, walaupun sekali,” katanya pada sidang media selepas pendakwaan terhadap Najib di Kompleks Mahkamah, hari ini.

Muhammad Shafee berkata, Najib memulangkan lebih 90 peratus dana yang dimasukkan ke dalam akaunnya.
Katanya, walaupun tidak mengetahui pemilik asal wang berkenaan, beliau tetap memulangkan wang itu kembali kepada akaun pemiliknya.

“Pengembalian wang itu itu dinyatakan dalam pertuduhan, dia tidak tahu siapa tuan punya akaun berkenaan.
“Sangkaannya adalah ia dari Arab Saudi, diberikan kepada beliau sebagai derma untuk kegiatan politik memandangkan pilihan raya 2013 berlaku pada 5 Mei,” katanya.

Tambahnya lagi, selepas pilihan raya bermula Jun, Julai dan Ogos, wang berkenaan sudah mula dikembalikan.

Muhammad Shafee berkata, pendakwaan yang dilakukan terhadap anak guamnya adalah terdesak.

“Saya agak terkejut dan gembira, kerana pendakwaan ini tidak menunjukkan apa-apa secara mendalam dan jelas membuktikan pihak berkuasa terdesak untuk membawa pertuduhan berhubung 1MDB.

“Mereka membawa pertuduhan berkaitan dengan 1MDB hanya kerana terpaksa melaksanakan manifesto pilihan raya,” katanya.

……………

http://pakdin.my/tag/najib-razak

http://pakdin.my/tag/dana-politik

http://pakdin.my/tag/raja-saud

(Visited 4 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

One Reply to “Pendakwaan terhadap Najib terdesak tunaikan manifesto, saya tetap peguambelanya – Shafee”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.