PENDAKWAH terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi Rabu.
Perkara itu disahkan anaknya, Mohamad Yusri dalam satu rakaman audio kepada media sebentar tadi.
“Doktor sahkan dia meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi tadi. Sekarang masih di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk uruskan bawa balik jenazah,” katanya.
Menurut Mohamad Yusri, bapanya terjatuh ketika hendak memakai seluar untuk solat subuh.
“Lepas jatuh terus collapse. Kami panggil ambulans. Masa ambulans datang rumah tu cuba buat CPR (cardiopulmonary resuscitation) sampailah ke hospital.
“Tempoh CPR selama sejam dan tak ada apa-apa kesan. Doktor berhenti dan dalam pukul 7.30 pagi tadi, doktor sahkan dia meninggal dunia,” katanya.
Mohamad Yusri berkata jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur selepas selesai urusan di HKL.
Katanya, jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur dari HKL untuk dimandi dan dikapankan.
Mohamad Yusri berkata urusan pengebumian jenazah akan dilakukan di kawasan perkuburan berdekatan sebelum solat Zohor.
“Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran. Insya-Allah sebelum Zohor, kalau tak sempat mungkin lepas Zohor,” katanya.
Allahyarham adalah adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, yang meninggal dunia di Amerika Syarikat pada September 2016.
Allahyarham dilahirkan di Perlis dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Mesir.
Allahyarham mulai bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.
Alfatiah
AL. FATIHAH
Al-Fatihah
ALFATEHA.
Al fatihah..moga tn guru yg d kasihi khusnul khotimah menyahut panggil Illahi ya rabbi.Aamiin. Salam takziah pd klrga allyrhm.
Innalillahhiwainnailaihirojiun
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Alfatihah
Al fatihah..
…
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku; ampunilah semua dosanya, terimalah semua amalannya, kasihanilah dia, rahmatilah dia, sentosakanlah dia, muliakanlah kematiannya, kurniakanlah kuburnya sebagai satu drp taman-taman surga baginya dan mohon ditempatkan arwah di dalam golongan orang-orang yang beriman lagi beramal soleh.
… aamiin.
Koluinnalillah wainarajiun.
Al Fatihah
Alfatihah, ada nur diwajah nya, berseri2 sntiasa trsenyum manis…