Pendakwah Abu Hassan Din telah tiada – Innalillahi wainnalilahi rajiun - pakdin.my

PENDAKWAH terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi Rabu.
Perkara itu disahkan anaknya, Mohamad Yusri dalam satu rakaman audio kepada media sebentar tadi.

“Doktor sahkan dia meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi tadi. Sekarang masih di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk uruskan bawa balik jenazah,” katanya.

Menurut Mohamad Yusri, bapanya terjatuh ketika hendak memakai seluar untuk solat subuh.

“Lepas jatuh terus collapse. Kami panggil ambulans. Masa ambulans datang rumah tu cuba buat CPR (cardiopulmonary resuscitation) sampailah ke hospital.

“Tempoh CPR selama sejam dan tak ada apa-apa kesan. Doktor berhenti dan dalam pukul 7.30 pagi tadi, doktor sahkan dia meninggal dunia,” katanya.

Mohamad Yusri berkata jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur selepas selesai urusan di HKL.

Katanya, jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur dari HKL untuk dimandi dan dikapankan.

Mohamad Yusri berkata urusan pengebumian jenazah akan dilakukan di kawasan perkuburan berdekatan sebelum solat Zohor.

“Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran. Insya-Allah sebelum Zohor, kalau tak sempat mungkin lepas Zohor,” katanya.

Allahyarham adalah adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, yang meninggal dunia di Amerika Syarikat pada September 2016.

Allahyarham dilahirkan di Perlis dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Mesir.

Allahyarham mulai bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.

UTAMABERITAPendakwah Abu Hassan Din telah tiada - Innalillahi wainnalilahi rajiun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium