PENDAKWARAYA RUSSIA HARAMKAN YAYASAN SOROS KERANA MENJADI ANCAMAN KEPADA KESELAMATAN NEGARA - pakdin.my

1. Pejabat Pendakwaraya Rusia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengenalpasti Open Society Institute milik George Soros dan satu lagi organisasi yang bergabung sebagai “kumpulan yang tidak diingini”, mereka mengharamkan rakyat Rusia dan organisasi dari menyertai dalam mana-mana projek-projek mereka.

2. Pendakwaraya berkata aktiviti Open Society Institute dan Open Society Institute Assistance Foundation merupakan ancaman kepada Perlembagaan Rusia dan keselamatan negara.

3. Mereka menambah bahawa Kementerian Keadilan akan diberi maklumat tentang keputusan ini dan akan menambah kedua-dua kumpulan ke dalam senarai organisasi asing yang tidak dibenarkan di Rusia.

4. Menurut RT, pendakwa melancarkan siasatan ke atas aktiviti-aktiviti kedua-dua organisasi – tajaan pembiaya terkenal Amerika, George Soros – pada bulan Julai tahun ini, selepas senator Rusia meluluskan apa yang dipanggil “patriotic stop-list” terhadap sebanyak 12 kumpulan yang memerlukan perhatian segera diatas aktiviti anti-Rusia mereka.

5. Undang-undang mengenai ‘Undesirable Foreign Organizations’ berkuat kuasa pada awal Jun tahun ini. Ia memerlukan Pejabat Pendakwa Negara dan Kementerian Luar Negeri untuk merangka senarai rasmi senarai organisasi asing yang tidak diingini dan mengharamkan aktiviti-aktiviti mereka. Setelah kumpulan tersebut dikenalpasti sebagai yang tidak diingini, aset mereka di Rusia mesti dibekukan, pejabatnya ditutup dan pengedaran apa jua bahan-bahan mereka perlu diharamkan.

20161030-yayasan-soros-diharamkan-di-rusia

https://www.rt.com/politics/323919-soros-foundation-recognized-as-undesirable/
—-
Установлено, что деятельность Фонда Открытое общество (Open Society Foundations) и Института Открытое Общество Фонд Содействия (OSI Assistance Foundation) представляет угрозу основам конституционного строя Российской Федерации и безопасности государства.

Terjemahan:

“Ia telah mendapati bahawa aktiviti Open Society Foundations dan Open Society Institute Assistance Foundation adalah merupakan ancaman kepada asas sistem perlembagaan Persekutuan Rusia dan keselamatan negeri ini. “

Kenyataan rasmi Pendakwaraya Rusia: http://genproc.gov.ru/smi/news/genproc/news-978768/

Pautan:

https://pakdin.my/pendedahan-memo-dalaman-open-society-fund-osf-george-soros-mengenai-perancangan-mereka-terhadap-malaysia/
https://pakdin.my/wikileaks-siapakah-john-pang-yang-dikaitkan-dengan-george-soros/
https://pakdin.my/wikileaks-pendedahan-george-soros-gerakan-anti-najib-lobi-amerika-tumbangkan-najib/

UTAMADUNIAPENDAKWARAYA RUSSIA HARAMKAN YAYASAN SOROS KERANA MENJADI ANCAMAN KEPADA KESELAMATAN NEGARA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium