27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Pendapat saya mengenai kalimah Allah – Idris Jala

“Perdana Menteri kita telah menyatakan dengan jelas bahawa Kerajaan Persekutuan mengesahkan dan menyokong Penyelesaian 10 Perkara tetapi kita mesti mematuhi undang-undang Persekutuan dan Negeri yang sedia ada.” jelas Idris.

Penyelesaian 10 Perkara tidak melindungi aktiviti penyebaran agama bukan Islam serta tidak bersifat mengatasi undang-undang negeri-negeri.
Penyelesaian 10 Perkara tidak melindungi aktiviti penyebaran agama bukan Islam serta tidak bersifat mengatasi undang-undang negeri-negeri.

Setelah mendiamkan diri sekian lama, mungkin hanya memerhati dari jauh sahaja, tiba-tiba pagi ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala membuka mulut bersuara.

Dalam laman blognya ‘Idris Jala’, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memuat-naik artikel 10 perkara berjudul ‘Penyelesaian 10 Perkara Adalah Kunci Menguruskan Polariti’.

Menurut Idris dalam tulisannya itu, ramai orang telah meminta untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau tentang kemelut kalimah “Allah” dan juga penerbitan Bible (Alkitab) serta kesahihan Penyelesaian 10-Perkara.

“Ruangan ini akan mengatasi masalah ini. Sebelum itu saya terlebih dahulu menyatakan ‘kaveat’ bahawa pandangan yang dinyatakan di sini adalah atas kapasiti pasndangan peribadi saya sendiri.


“Oleh kerana isu ini sangat sensitif, saya telah mencuba yang terbaik untuk menjadi seadil mungkin, tanpa memihak kepada mana-mana pihak,” kata Idris dalam pembukaan artikelnya.

Dalam perkara pertama artikelnya, Idris mengulangi apa yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) dan Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) telah nyatakan secara terbuka, iaitu mengesahkan ketulenan dokumen Penyelesaian 10 Perkara yang dipersetujui Kabinet pada April 2011.

Idris menjelaskan, Penyelesaian 10 Perkara itu telah dirumuskan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai cara yang adil dan baik untuk menguruskan polariti (perbezaan) pandangan di antara rakyat yang berbilang agama, khususnya orang Kristian dan orang Islam, dengan turiut mengambil kira undang-undang negara.

Idris selanjutnya menulis, di setiap negara di seluruh dunia, wujud dasar-dasar (polisi), dan undang-undang yang biasa atau “standard” (common) untuk semua negeri dalam negara berkenaan, tetapi wujud juga undang-undang yang berbeza atau disesuaikan bagi mengambil kira keadaan atau keunikan tertentu di setiap negeri.

“Sebagai contoh, katanya, terdapat satu undang-undang yang sama digunapakai di seluruh Amerika Syarikat, tetapi terdapat juga undang-undang khusus di setiap negeri yang berbeza di negara berkenaan dan ini juga berlaku di Malaysia,” kata Idris bagi menghuraikan persoalan kenapa wujud perbezaan di antara Semenanjung Malaysia berbanding Sabah dan Sarawak dalam soal Bible serta kalimah Allah.

“Saya ingin mengetengahkan beberapa perkembangan baru-baru ini , iaitu Mahkamah Rayuan mengenai kes Herald pada bulan Oktober 2013, Dekri Sultan Selangor pada November 2013 dan titah ucapan baru-baru ini oleh Sultan Kedah , yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan “Allah”,” katanya.

Sementara Perkara 11.1 Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya” dan Perkara 11.3 menyatakan bahawa “Setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal sendiri”, Perkara 11.4 bagaimanapun menyatakan bahawa “undang-undang Negeri dan undang-undang Persekutuan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”


“Seperti yang saya fahami , JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bertindak atas dasar undang-undang Islam negeri berkenaan dan Dekri terkini Sultan Selangor dalam kes serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia (PBM),” kata Idris.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 3.2, Sultan adalah ketua agama Islam di setiap negeri di mana terdapat pemerintah dan Raja dalam kes negeri-negeri lain.

“Itulah sebabnya walaupun Kerajaan Persekutuan telah merumuskan Penyelesaian 10 Perkara, ia tidaklah bersifat bebas untuk mengarahkan JAIS dan Kerajaan Selangor untuk mematuhinya dan mengabaikan perintah oleh Sultan.

“Ia juga dalam konteks ini bahawa Kerajaan Persekutuan tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai JAIS seperti perkara 5 dalam Penyelesaian 10 Perkara,” terang Idris lagi.

“Perdana Menteri kita telah menyatakan dengan jelas bahawa Kerajaan Persekutuan mengesahkan dan menyokong Penyelesaian 10 Perkara tetapi kita mesti mematuhi undang-undang Persekutuan dan Negeri yang sedia ada.” jelas Idris.

Secara ringkasnya, Idris menegaskan, Penyelesaian 10 Perkara membenarkan pengedaran Alkitab (Bible Bahasa Melayu) tanpa syarat di Sabah dan Sarawak, tetapi dengan bersyarat di Semenanjung Malaysia.

“Ia (Penyelesaian 10 Perkara) tidak membenarkan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam, sama ada dengan mereka (orang bukan Islam) menggunakan mana-mana perkataan yang dilarang dalam penyebaran itu,” tegas Idris.


Menurut Idris lagi, Enakmen Agama Islam negeri-negeri dan Penyelesaian 10 Perkara sebenarnya adalah selari dan konsisten dalam soal penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

“Oleh itu, saya berpendapat bahawa Penyelesaian 10 Perkara boleh wujud selaras dengan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, walaupun saya sedar bahawa ada pihak lain yang berfikir ini kewujudan bersama kedua-duanya tidak sempurna (bercanggah),” Idris menyatakan pendapatnya.

Pendirian Idris Jala melalui tulisan artikelnya yang sangat jelas dan sepatutnya mampu memberikan pencerahan kepada semua pihak boleh dibaca di http://idrisjala.my/take-allah-issue/

Bagaimanapun, ia hanya ditulis dalam bahasa Inggeris dan terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu diperlukan bagi mengelak kesan pencerahan yang dihajatkan Idris tidak tercapai.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...