Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Malaysia

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Pendedahan Auta Mat Sabu dan Lakunan Suhardi (Video)


 

Auta Mat Sabu

Putar alam mau saman

Polis bohong, saya dirempuh Proton Waja, bukan Pajero- Mat Sabu

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menggesa pihak polis menarik semula kenyataan bahawa beliau membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan polis pada 9 Julai lalu, atau berdepan tindakan saman.

Ketika dihubungi Keadilandaily, Mohamad berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid (Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman) kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,”

“Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau.   KEADILAN DAILY Jul 22 2011.

Mat Sabu: Land Rover polis rempuh saya

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital. Malaysiakini Jul 11, 11 3:44pm

Lakunan Suhardi

Polis siasat lakonan Shuhardi

Peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Shuhardi Md. Isa yang ‘berlakon’ meninggal dunia kerana sesak nafas adalah di antara individu yang sedang disiasat polis kerana terbabit dalam demonstrasi haram pada 9 Julai lalu.

Selain Shuhardi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat mereka yang dikaitkan membuat laporan palsu kononnya dikasari sewaktu menyertai perhimpunan haram itu.

“Pengarah KDNKA (Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid telah memberi gambaran sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan itu semalam.

“Justeru, kita yakin rakyat sendiri boleh menilai perkara tersebut. Kita juga sedang siasat semua individu yang dikaitkan dalam tayangan sebenar semalam,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Liga Balai Polis siri pertama 2011 di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

PDRM semalam mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu bagi menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap pasukan tersebut.

Turut ditayangkan adalah situasi Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata dan rakaman tindakan Shuhardi yang berlakon sebagai Baharudin.

Berkaitan