Pendedahan Email – Rafizi Ramli Melampau Kata Zaid Ibrahim

Zaid Ibrahim ketika mengumumkan hasratnya bertanding di DUN Kajang
Zaid Ibrahim ketika mengumumkan hasratnya bertanding di DUN Kajang

- Advertisement -

Dalam temubual itu juga, Datuk Zaid menafikan satu tuduhan terhadap dirinya yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Semalam – Rafizi mendakwa Datuk Zaid meminta diri-nya yang ketika itu Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor untuk campur tangan dalam dua projek yang didakwa ada kaitan dengan dirinya.

Bagi beliau dakwaan Ahli Parlimen Pandan itu melampau.

Penjelasan lanjut boleh disaksikan seperti video berikut:

 

 

BERIKUT IALAH KENYATAAN MEDIA ZAID IBRAHIM:

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semalam, yang mendedahkan kepada umum, dua e-mel saya kepada beliau pada tahun 2010, yang mana di dalam e-mel tersebut, saya meminta beliau memajukan kepada Menteri Besar Selangor agar dapat mempertimbangkan permohonan syarikat tersebut.

Salah sebuah syarikat mempunyai masalah kelulusan untuk memajukan tanah mereka seluas 26 ekar kerana Kerajaan Negeri Selangor memberikan Sebuah lagi syarikat mahu membuat Joint Venture dengan anak syarikat PKNS untuk terbabit dalam sektor pembinaan perumahan.

Sukacita untuk saya maklumkan hari ini bahawa kedua-dua syarikat ini tidak ada kena-mengena dengan saya atau keluarga saya. Malah mereka juga bukan kawan. Mereka adalah orang business yang datang meminta pertolongan kerana mereka fikir saya boleh menolong.

Amalan orang business meminta pertolongan atau sokongan daripada ahli politik adalah amalan biasa dalam sistem kita dan ia diamalkan oleh UMNO, PAS, DAP dan lebih-lebih lagi PKR.

Mungkin Rafizi berfikir dia seorang yang bersih, tetapi dia lupa fakta di mana ada kalangan pegawai tertinggi dalam pejabat Menteri Besar (ahli PKR) sendiri yang terbabit sehingga tersingkir daripada jawatan. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana kes ini sedang dibicarakan di mahkamah.

Jika saya memajukan dua e-mel kepada Rafizi, ia bukan bererti saya melobi.

Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus berjumpa dengan MB atau Exco, bukan dengan budak pejabat Anwar.

Sebagai orang politik, bagi saya, meminta pertimbangan kerajaan bagi pihak orang ramai atau ahli perniagaan yang tidak saya kenali, tidak menjejaskan integriti saya. Saya hanya meminta pertimbangan, bukan memaksa kerajaan mengikut kehendak saya. Adakah itu pun Rafizi tidak tahu membezakannya?

Suka saya tegaskan bahawa saya langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kedua-dua kes itu. Jelas, Rafizi seorang yang busuk hati dan cuba mereka-reka cerita kononnya saya cuba mempengaruhi kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi.

Kalaulah Rafizi hendak memusnahkan integriti saya sekalipun, mengapa tidak membuat sidang akhbar bersama Menteri Besar, Exco atau PegawaiTinggi Kerajaan dan kemukakan bukti yang saya terbabit atau ada kepentingan tertentu di dalam urus niaga berkenaan?

Apakah Rafizi tidak sedar bahawa Pejabat Penasihat Ekonomi dan Rafizi sendiri bukan tempat `yang kondusif’ untuk melobi? Apakah Rafizi tidak sedar bahawa di Selangor ini, beliau, sebagai Penasihat Ekonomi Anwar,tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang projek atau JV?

Kalaulah Anwar sendiri akur bahawa beliau, selaku Penasihat Ekonomi Selangor, tidak punya kuasa, lantas membawa kepada PRK Kajang, apatah lagi budak pejabat seperti Rafizi!

Sebagai bekas Menteri dan pengamal undang-undang, saya tahu peraturan. Saya tahu semuanya itu adalah di dalam bidang kuasa MB dan Exco.

Yang harus Rafizi jawab: mengapa beliau lari atau meletak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sama ada kerana saya melobi untuk mendapatkan projek atau kerana Anwar dan Rafizi ‘dibakulsampahkan’ oleh  Pejabat Menteri Besar?

Oleh kerana saya tiada berkepentingan di dalam urus niaga berkenaan,sampai hari ini saya tidak mengetahui status permohonan syarikat yang didakwa saya melobi untuk mereka.

Saya ingin nasihatkan Rafizi, lain kali rujuklah kepada MB atau Exco sebelum membuat tohmahan melulu. Semak dulu betul atau tidak yang saya melobi.

Maka saya harap, janganlah kerana hendak mempertahankan Anwar secara membabi buta, Rafizi menjadi budak jahat yang mengamalkan politik fitnah dan kotor. Jangan menjadi anak didik reformasi yang kononnya mendewa-dewakan perubahan, lantas membuat fitnah melulu.

Sebagai budak yang baru bertatih dalam politik, Rafizi jangan ingat berbohong boleh menjadi satu cara yang dapat memajukan karier politik beliau. Hanya kerana dia dapat menyentap Shahrizat Jalil dalam kes NFC tidak bermakna dia akan berjaya menabur fitnah terhadap saya.

Saya merasakan tujuan Anwar membuat tuduhan terhadap saya, melalui Rafizi, yang kononnya saya melobi Kerajaan Negeri untuk kawan-kawan saya, hanya hendak menggambarkan saya ini baik dengan MB Selangor.

Saya ingin tegaskan, sejak Khalid menjadi MB, saya tidak pernah membuat sebarang permohonan, sama ada tanah atau projek untuk saya dan keluarga. Saya tidak pernah mendapat apa-apa projek daripada Khalid.

Semasa dalam PKR, saya membela Khalid kerana menentang kerakusan Anwar dan konco-konconya.

Oleh itu saya ingin ingatkan Anwar. Tidak usahlah berselindung di bawah skirt Rafizi. Saya mahu debat dengan beliau mengenai isu integriti dan kredibiliti.

Saya mahu bercakap, semasa jadi menteri apa Anwar buat dan apa saya buat. Siapa yang banyak salah guna kuasa dan siapa yang menggunakan pengaruh untuk bagi projek kepada kawan-kawan.

Dan saya juga meminta Anwar supaya ingat, bahawa beliau masih belum memberikan jawapan dengan jelas mengapa beliau mahu jadi MB? Mengapa PRK DUN Kajang perlu diadakan? Tidak usahlah cuba mereka-cipta isu yang tidak wujud semata-mata mahu memburuk-burukkan saya di mata rakyat.

Bagi saya, Anwar bimbang dengan cabaran sebenar di Kajang, yang bukannya MCA atau BN. Kalau sungguh tidak wujud kebimbangan besar yang beliau mungkin tewas, masakan fitnah sanggup dilemparkan terhadap saya.

Akhir kata, saya juga hairan mengapa Anwar sering membuat kenyataan bahawa beliau tidak dirujuk oleh Khalid dalam soal air di Selangor.

Apakah niat sebenar Anwar hendak menjadi MB itu yang diragukan.

Apakah beliau menjadi MB supaya penswastaan air boleh berada di bawah kawalannya supaya akhirnya kekayaan Selangor boleh diagihkan kepada PKR dan konco-konconya seperti yang dilakukan dalam UMNO dahulu?

Bagi pihak rakyat, saya pohon penjelasan dan ketelusan daripada beliau.


Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Ramai Tidak Setuju Pendaftaran PN, Kata Ku Li

Veteran UMNO berpendapat cadangan mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah akan mendapat tentangan ramai pemimpin Barisan Nasional (BN). Sambil berkata...

Undi Tidak Percaya Muhyiddin: Usul Mahathir Disenarai, Giliran 27

Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri diterima Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Ia selepas usul persendirian daripada Tun Dr Mahathir...

Penumpang tren selamba jadikan seluar dalam sebagai topeng muka

SEORANG lelaki selamba menjadikan seluar dalam sebagai topeng muka bagi mencegah jangkitan Covid-19. Menurut laporan Dublin Live, ketika kejadian, lelaki berkenaan menaiki tren. Susulan amaran yang...

Perlekeh Hari Jumaat, Hari Makan Babi?

1. Setelah mana Menteri Agama mengumumkan Hari Jumaat sebagai Hari Jawi, reaksi sebahagian netizen Cina amat menghairankan. Mereka memerli langkah memartabatkan Jawi ini sebagai...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.