25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Pendemo Pakatan Haram Bersikap Kurang Ajar Di JPN

+++++

demo JPN

demo JPNKURANG AJAR – pendemo pendemo pakatan pembangkang yang dibayar rm100 sorang untuk membuat kekecohan hari ini di bangunan JPN Putrajaya bertindak biadap bila merempuh pintu masuk JPN.

Tidak cukup dengan itu ada diantara pendemo yang memiliki kad pengenalan merah memaki hamun warga JPN dan bertindak kasar.

Apa bangsat mereka ni? Dah dapat kad pengenalan merah tapi masih tak berpuas hati dengan pemberian yang diberikan? inilah satu sikap bangsat yang diajar oleh puak Pakatan Pembangkang kepada golongan pendatang.

Rasanya elok mereka yg miliki kad pengenalan merah berdemo di JPN serahkan kad pengenalan mereka dan berambus balik negara asal.

Dasar tak kenang di untung bangsat sekalian yang ada ni terutama pemimpin pakatan pembangkang.

+++

Dakwaan 300,000 Kaum India Tiada Dokumen Pengenalan Diri Pembohongan Besar – Hishammuddin

PUTRAJAYA: Dakwaan pembangkang kononnya terdapat 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia terbukti tidak berasas dan lebih bermotif politik, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘pembohongan besar’, Hishamuddin berkata hanya 308 permohonan diterima daripada sekumpulan kecil yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Rabu.


“Jumlah permohonan yang disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 308,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.

“Ini sekaligus menunjukkan bahawa hujah yang mengatakan ada 300,000 kaum India di luar sana yang tidak ada kewarganegaraan merupakan satu pembohongan besar dan mungkin ada muslihat menjelang pilihan raya ini untuk mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis Pendaftaran Perkahwinan Beramai-ramai Pasangan Bukan Islam bertemakan ‘Raikan Cinta 121212″ di JPN.

Hishammuddin berkata dakwaan itu bertujuan meniup perasaan benci terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13, selain cuba mencetuskan konflik kerana hanya membabitkan satu kaum. “Sejak (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) memimpin negara kita, saya diminta untuk menyelesaikan semua kes-kes yang tertunggak misalnya jumlah permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sebelum ini, kami dah proses lebih 98,000 permohonan” katanya.

Naib presiden Parti Keadilan Rakyat N. Surendran, Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam dan Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa hari ini mengetuai kumpulan yang berhimpun di hadapan ibu pejabat JPN berhubung isu taraf kerakyatan dan dokumen pengenalan diri.

Kumpulan itu yang tiba sejak pukul 10 pagi berarak dari Istana Kehakiman ke ibu pejabat JPN.

Mengenai krisis melibatkan dua bekas pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Ramli Yusuf, Hishamuddin berkata ia juga bermotif politik.

“Kenapa timbul isu itu ketika ini. Dalam masa beberapa minggu sahaja orang yang tuduh menuduh itu membawa perkara-perkara baharu setiap hari. Ini mungkin dalam suasana politik menjelang pilihan raya. Rakyat pun boleh menilai sendiri,” katanya.

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..