Penduduk Bukit Antarabangsa Minta Polis Siasat Salah Laku Azmin - pakdin.my

Sekumpulan penduduk Bukit Antarabangsa di Hulu Kelang dekat sini, pada Jumaat membuat laporan polis untuk meminta siasatan dibuat terhadap dakwaan salah laku membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali, seperti yang didedahkan oleh sebuah blog baru-baru ini.

Wakil penduduk itu Shaharuddin Mohd Yusof, yang juga Penolong Setiausaha Masjid Bukit Antarabangsa, serta 15 penduduk lain membuat laporan itu di Balai Polis Hulu Kelang kira-kira 3 petang.

Shaharuddin berkata dalam laporan polis itu, mereka meminta Azmin, yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat sumpah laknat berhubung dakwaan itu memandangkan beliau adalah wakil rakyat kawasan berkenaan.

Selain itu, mereka turut meminta isteri Azmin, Shamsidar Taharin, dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, iaitu Presiden PKR dan isteri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil menjawab dakwaan Presiden Parti Bersatu India Malaysia Senator Datuk S. Nalakaruppan mengenai hubungan seks Anwar.

Sementara itu di KULIM, Persatuan Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyambung siasatan terhadap Azmin yang didakwa terbabit rasuah.

UTAMABERITAPenduduk Bukit Antarabangsa Minta Polis Siasat Salah Laku Azmin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium