Penduduk di Felda Jerangau dilanda ribut - pakdin.my

20160912-felda-jerangau-ribut-jpg

Lebih 100 buah rumah penduduk rosak selepas dibadai ribut kencang dalam kejadian di Felda Jerangau, Dungun pada petang Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, dua buah sekolah tabika dan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah lori tiga tan milik penduduk turut rosak ditimpa pokok besar.

Selain itu sebuah Tabika Pasti yang akan dijadikan tempat menyempurnakan ibadah korban esok juga mengalami kerosakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Al Muktaffi Billah Shah, Jas Wari Awang @ Mohamad berkata seramai 10 anggota Bomba dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan.

Sehingga pukul 6 petang tadi pasukan itu masih melakukan kerja-kerja membantu mangsa.

UTAMABERITAPenduduk di Felda Jerangau dilanda ribut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium