Penduduk Kg Simunul Kembali Pulang Selepas Insiden Tembakan, Tetapi Masih Takut – #CerobohSabah: - pakdin.my

Kampung Seri Jaya Siminul
Kampung Seri Jaya Siminul

SEMPORNA: Beberapa suspek dikumpulkan apabila operasi diteruskan selepas insiden tembak-menembak di Kampung Siminul pada Ahad di mana enam anggota polis dan enam lelaki bersenjata terbunuh.

Polis enggan untuk menyatakan siapakah suspek dan berapa ramai bilangan mereka.

Tentera dan polis terus mengambil langkah berjaga-jaga di kampung itu dan keluarga yang menyelamatkan diri daripada serangan bersenjata itu dilihat kembali pulang.

Beberapa orang yang tinggal di dalam bot dengan isteri dan anak-anak mereka dilihat tiba di kampung itu pada waktu subuh tetapi dikatakan kesemua mereka masih dalam ketakutan.

Di beberapa bahagian lain di bandar itu yang lenggang sejak dua hari lalu, mendapati beberapa kedai dibuka untuk perniagaan tetapi masih banyak yang ditutup.

UTAMABERITASABAHPenduduk Kg Simunul Kembali Pulang Selepas Insiden Tembakan, Tetapi Masih Takut -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium