Penduduk Kg Tanjung Labian Mahukan Taklimat #PRU13 #LahaDatu - pakdin.my

Kampung-Tanjung-Labian-musnah-3LAHAD DATU: Penduduk Kampung Tanjung Labian yang terjejas akibat insiden pencerobohan pengganas di pantai timur Sabah meminta taklimat khas mengenai pilihan raya umum ke-13 diadakan untuk mereka.

Menurut penduduk, mereka kurang mendapat maklumat berhubung proses pilihan raya kerana ketiadaan tenaga elektrik dan sukar mendapatkan sumber berita lain.

“Pilihan raya kali ini banyak benda baharu yang dibuat ketika mengundi. Adakah dibuat proses khas di sini kerana isu keselamatan?” kata Arip Abdul Talib, 50.

Bagi Siti Kharijah Ujaman, 55, yang kehilangan tempat tinggal apabila rumahnya dibakar penceroboh dalam insiden itu, berharap beliau boleh memperoleh maklumat berhubung pilihan raya umum ke-13 secepat mungkin.

“Kami susah mahu dapatkan maklumat dan berharap sumber-sumber yang ada sahaja,” katanya sambil memberitahu walaupun sedikit sebanyak masih risau dengan tahap keselamatan, beliau ingin tahu perkembangan proses pilihan raya umum.

Sementara itu, Safar Ariani, 40, berkata beliau mendapat maklumat mengenai Aku Janji Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 selepas tiga hari ia diumum, dan berpendapat ia satu manifesto yang bagus.

Dokumen itu banyak menekankan aspek kebajikan rakyat dan pembangunan negara selain peningkatan tahap keselamatan, termasuk di Sabah, katanya.

UTAMABERITAPenduduk Kg Tanjung Labian Mahukan Taklimat #PRU13 #LahaDatu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium