Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am

Global

All countries
232,357,945
Confirmed
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
All countries
207,249,832
Recovered
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
All countries
4,758,738
Deaths
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am

Penduduk Lembah Klang boleh rentas daerah mulai Jumaat ini

KUALA LUMPUR – Penduduk Lembah Klang yang sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19 boleh merentas sempadan daerah bermula Jumaat ini berikutan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa Dua PPN termasuk kebenaran merentas daerah kepada individu yang lengkap menerima dua dos vaksin.

“Selain itu, pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin pula dibenarkan untuk merentas negeri, manakala ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ismail Sabri berkata ‘dine in’ di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin turut dibenarkan selain aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri sama yang melibatkan penginapan di hotel dan inap desa bagi individu yang juga telah lengkap dua dos.

Ismail Sabri berkata  jawatankuasa tersebut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama dan oleh itu pergerakan antara negeri-negeri berkenaan dibenarkan serta tiada lagi sekatan jalan raya.

Beliau berkata bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa Dua dan Fasa Tiga, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser dan salon kecantikan adalah dibenarkan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata jawatankuasa tersebut bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri-negeri di bawah Fasa Satu, antaranya membenarkan sukan indoor kecuali gimnasium, kepada individu yang telah lengkap dua dos.

“Fasiliti sukan dan rekreasi komersial tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin dan penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP,” katanya.

Bagi sektor perdagangan dan pengedaran, beliau berkata perniagaan kedai bunga atau nurseri, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan akan dibenarkan beroperasi mulai  Jumaat ini bagi negeri-negeri di bawah Fasa Satu. – Bernama

Berkaitan