Penduduk Parit Jerman jamu Nasi Ambeng #PialaDunia2014 - pakdin.my

pialadunia2014-kg-parit-jerman

Pontian: Keterujaan rakyat Jerman apabila merangkul Piala Dunia sebentar tadi selepas menewaskan Argentina ternyata turut dirasai kira-kira 50 penduduk di Kampung Parit Jerman di sini.

Semangat ‘patriotik’ penduduk kampung berkenaan ternyata tidak berbelah bagi terhadap pasukan kegemaran mereka walaupun sekadar menyaksikan perlawanan akhir jauh beribu batu dari lokasi perlawanan di Rio de Janeiro Brazil.

Menurut Ketua Kampung 01 Mukim Ayer Masin, Pontian, Mohd Asri Ali mengakui gara-gara nama kampung mereka yang mirip negara Jerman, tumpuan masyarakat mula beralih ke kampung berkenaan yang jauh di pendalaman.

“Sebelum ini memang kampung ini tidak begitu terkenal namun selepas Jerman layak ke peringkat akhir, kami rasa bangga kerana tiba-tiba ‘jadi’ orang Jerman.

“Ia juga ibarat rahmat kepada kampung ini kerana secara tidak langsung tumpuan terarah terhadap kemudahan di sini dan apa yang kami harapkan papan tanda dan jalan raya kampung ini perlu diperbaiki untuk kemudahan semua pihak,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, darah ‘Jerman’ yang mengalir dalam segenap diri penyokong diterjemahkan menerusi jersi yang dipakai selain khemah yang dihiasi warna hitam, merah dan kuning.

“Walaupun orang kata ada darah Jerman mengalir dalam diri penduduk namun saya menganggap ia sekadar suka-suka kerana apa yang penting kami tetap bangga menjadi rakyat Malaysia,” katanya.

Menepati janji untuk menjamu penyokong dengan juadah Nasi Ambeng jika Jerman menang, pengamal media yang hadir membuat liputan juga turut diajak bersahur dengan durian dan manggis oleh penduduk.

PENDUDUK Parit Jerman bersorak kegembiraan selepas Jerman merangkul juara Piala Dunia ke-20
PENDUDUK Parit Jerman bersorak kegembiraan selepas Jerman merangkul juara Piala Dunia ke-20
UTAMAGAYA HIDUPPenduduk Parit Jerman jamu Nasi Ambeng #PialaDunia2014

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium