Penduduk Penan Di Murum Hentikan Sekatan Ke Tapak Projek Empangan Murum - pakdin.my

SIBU, 27 Okt  — Penduduk Penan yang sebelum ini menyekat laluan ke tapak projek Empangan Murum di daerah Belaga telah menghentikan perbuatan itu, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang.

Liwan, yang dilantik sebagai orang tengah antara kerajaan dan masyarakat Penan berhubung isu itu berkata demikian pada mesyuarat Dewan Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) di sini, Sabtu.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, presiden PRS Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata kerajaan bersetuju memberi pertimbangan serius terhadap permintaan penduduk terbabit berkaitan isu tanah dan pampasan.

“Kami tahu orang Penan boleh menerima sesuatu yang munasabah.

“Tapi, oleh kerana mereka adalah masyarakat Penan, mereka menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa,” kata beliau yang juga Menteri Pembangunan Tanah Negeri.

UTAMABERITAPenduduk Penan Di Murum Hentikan Sekatan Ke Tapak Projek Empangan Murum

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium