30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 26, 2021

Penduduk Taman Sri Indah, Shah Alam korek sendiri parit elak banjir

PENGERUSI Penduduk Taman Sri Indah, Muhamad Razlan Abdul Rahim (kiri), bersama wakil penduduk menunjukkan keadaan paras air longkang masih belum surut yang akan menyebabkan berlakunya banjir ketika hujan di Taman Sri Indah, Jalan kebun, Seksyen 30, Shah Alam.
PENGERUSI Penduduk Taman Sri Indah, Muhamad Razlan Abdul Rahim (kiri), bersama wakil penduduk menunjukkan keadaan paras air longkang masih belum surut yang akan menyebabkan berlakunya banjir ketika hujan di Taman Sri Indah, Jalan kebun, Seksyen 30, Shah Alam.

SHAH ALAM: Sikap berlengah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam menyelesaikan masalah banjir di Taman Sri Indah, Jalan Kebun, dekat sini, memaksa penduduk mencari inisiatif lain dengan cara mengorek sendiri parit di kawasan itu.

Pengerusi persatuan penduduk, Muhammad Razlan Abdul Rahim, 40, berkata mereka sudah penat dan tidak lagi mampu bertahan untuk berdepan dengan masalah banjir kilat setiap kali hujan lebat melebihi dua jam.

“Kawasan perumahan di sini akan dinaiki air apabila hujan lebat kerana laluan air di parit berhampiran kawasan perumahan kami tersumbat. Parit itu penuh dengan daun kering dan sisa sampah.

“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menyelenggara parit di sini dengan betul menyebabkan air tidak boleh mengalir lalu ia melimpah ke kawasan perumahan kami,” katanya ketika ditemui pada majlis gotong royong di kawasan itu, di sini, hari ini.

Muhammad Razlan berkata, penduduk taman turut berdepan dengan masalah bau busuk berikutan sisa kumbahan penduduk kampung berhampiran dialirkan ke dalam parit itu.

Mengulas lanjut, Muhammad Razlan berkata, penduduk juga terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menyewa jentolak bagi mendalamkan parit berkenaan.

“Apabila musim hujan, kami akan membuat kutipan untuk menyewa jentolak. Jika tidak berbuat demikian, kami akan menanggung risiko yang lebih teruk,” katanya.

Sementara itu,  penduduk, Mohd Pattali Maasom, 66, berkata dia sudah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pemaju dan pihak berkuasa tempatan bagi membincangkan hal berkenaan.  “Permohonan untuk menaiktaraf parit sudah mendapat kelulusan, namun sebarang tindakan masih belum diambil,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.