Saturday - July 31, 2021 @ 09:46
POLITIKPILIHAN RAYAPenempatan Wakil Disiplin Mampu Bendung Sabotaj Parti

Penempatan Wakil Disiplin Mampu Bendung Sabotaj Parti

PRU13BACHOK — Penempatan wakil Jawatankuasa Disiplin di setiap Umno Bahagian di Kelantan boleh membendung kegiatan mensabotaj parti atau ‘cas keting’ pada pilihan raya umum Ke-13 kelak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno Kelantan menyokong penuh keputusan parti untuk memantau wujudnya sabotaj dan mengkhianati parti sehingga boleh menjejaskan usaha merampas tampuk pemerintahan negeri itu daripada PAS.

“Penubuhan jawatankuasa itu adalah salah satu insiatif parti yang baik dalam usaha mengekang masalah berkaitan menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini Ahad.

Beliau berkata ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bersetuju untuk melantik seorang wakil Jawatankuasa Dispilin di setiap bahagian Umno.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan dan Ketua Umno Bahagian berkata jentera bahagian itu akan melancarkan teras perjuangan parti yang berasaskan 5S iaitu sepakat, serius, sungguh, setia dan sabar.

Kelima-lima teras itu akan dijadikan senjata bagi menawan Parlimen Bachok dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu, Jelawat, Perupuk dan Tawang, katanya.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here