Penerbangan Malaysia MH725 Pecah Tayar Apabila Melakukan ‘Hard Landing’ Di Jakarta - pakdin.my

Malaysia Airlines (MAB) mengesahkan bahawa penerbangan MH725 mengalami kerosakan tayar apabila mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta dalam keadaan hujan lebat pada hari Selasa.

Dalam satu kenyataan di Facebook, syarikat penerbangan itu berkata semua penumpang dan anak kapal mendarat dengan selamat tanpa kecederaan.

Pada masa ini, syarikat penerbangan itu bekerjasama dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memberi bantuan dan memastikan kebajikan penumpang dan anak kapal.

Penerbangan pulang, MH724 dari Jakarta ke Kuala Lumpur yang dijadual berlepas pada 7.50 malam hari ini juga dibatalkan.

Syarikat penerbangan itu berkata penumpang akan berlepas semula dengan penerbangan lain.

UTAMAPenerbangan Malaysia MH725 Pecah Tayar Apabila Melakukan 'Hard Landing' Di Jakarta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium