Penerbangan Pulang Jemaah Haji Bermula Sabtu Ini

Kongsi:

20160914-jemaah-haji-pulang-jpg

MAKKAH: Penerbangan pertama yang membawa pulang jemaah haji Malaysia adalah pada Sabtu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 450 jemaah haji melalui penerbangan KT02.

“Semua jemaah haji pertama itu akan berlepas melalui penerbangan Saudi Arabia SV5644.

“Mereka akan berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ke Kuala Lumpur pada 10 malam waktu tempatan (3 pagi, Ahad waktu Malaysia),” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Seramai 22,320 jemaah haji negara menunaikan haji pada musim haji kali ini.

Kesemua mereka tiba di tanah suci mulai 4 Ogos lalu membabitkan keseluruhan KT47.

Ketika ini para jemaah berada di Mina untuk melakukan lontaran di Jamrat.

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

13 Replies to “Penerbangan Pulang Jemaah Haji Bermula Sabtu Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.