27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Arnoud Fandor, Penerbit Filem Hina Rasulullah Tunai Haji Selepas Masuk Islam

Arnoud-van-Doorn-Mekka

Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.

Arnoud Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.
Arnaud-Van-Doorn
Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

“Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.

“Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.

Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke tanah suci.

Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

“Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam.
Arnaud Fandor
“Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.

“Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

“Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.

“Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.

“Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya.

Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke tanah suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.

Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi.






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan