Penerima BR1M boleh tuntut secara tunai di cawangan BSN - pakdin.my

BR1M-bajet-2015

Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mengalami masalah pengkreditan secara terus ke akaun bank masing-masing boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata, terdapat beberapa kesilapan ketika mengisi borang permohonan seperti nombor akaun bank yang tidak tepat, yang menyebabkan proses pengkreditan secara terus ke akaun bank penerima mengalami kesulitan.

“Kerajaan telah mengedarkan surat kepada penerima BR1M terbabit bagi memaklumkan mereka perihal masalah tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Hartanah Malaysia di sini hari ini.

Surat itu turut menyertakan kaedah alternatif bagi menuntut BR1M iaitu melalui pembayaran secara tunai di cawangan BSN dan juga terdapat sebuah keratan di bawah surat bagi kegunaan pihak BSN.

Namun demikian, Chua berkata terdapat kekeliruan kerana setakat ini kerajaan telah menerima lebih daripada 100 kiriman keratan surat tersebut yang sepatutnya tidak perlu dihantar kepada kerajaan.

 
 

UTAMAPenerima BR1M boleh tuntut secara tunai di cawangan BSN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium