Penerima BR1M Diminta Bersabar, Rujuk LHDN Jika Ada Masalah – Johari - pakdin.my

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta merujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekiranya bermasalah untuk mengeluarkan wang tersebut, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau turut meminta penerima BR1M agar bersabar dan memberi sedikit masa kerana bayaran skim tersebut dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun penerima.

“Pembayaran fasa pertama BR1M 2018 telah mula diagihkan Isnin lepas dan kepada penerima yang belum mendapatnya, perlulah menunggu sekurang-kurangnya dalam masa seminggu.”

“Saya jangkakan menjelang Jumaat ini, 80 ke 90 peratus penerima akan mendapat pembayaran bantuan masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T Subromaniam.

Johari berkata penerima yang berdepan masalah seperti wang tidak dimasukkan ke dalam akaun boleh pergi ke mana-mana pejabat LHDN bagi menyelesaikan masalah tersebut.

 

UTAMABERITAPenerima BR1M Diminta Bersabar, Rujuk LHDN Jika Ada Masalah - Johari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium