Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am

Global

All countries
228,935,812
Confirmed
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
All countries
203,801,365
Recovered
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
All countries
4,700,044
Deaths
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am

Penerima dua dos vaksin jangan salah guna hak istimewa pelonggaran sekatan – Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin supaya tidak menyalahgunakan hak istimewa atau kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan.

Dalam satu paparan di akaun Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata sekiranya masyarakat leka, segala kerja keras dan keuntungan yang dicapai akan sia-sia serta berkemungkinan menyebabkan negara menghadapi satu lagi “pertempuran” dengan virus COVID-19.

“Kita perlu ingat masih ada sebahagian daripada populasi di negara ini belum divaksin. Mereka ini mudah terkena jangkitan COVID-19.

Kita perlu memastikan kadar transmisi serendah mungkin bagi mencegah penyebaran varian atau munculnya varian baharu,” katanya.

Selain itu, beliau mengingatkan individu yang disahkan postitif COVID-19 atau menjadi kontak rapat kepada kes positif supaya segera menjalani pengasingan atau kuarantin agar tidak mendedahkan orang lain terhadap risiko jangkitan.

Sementara itu, dalam hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata varian Delta COVID-19 boleh membiak di dalam hidung orang yang telah divaksin sama seperti keadaan mereka yang tidak divaksin langsung, menurut kajian awal dalam kes jangkitan selepas divaksin.

Dr Noor Hisham berkata kajian sebelum ini di India; Provincetown, Massachusetts, Amerika Syarikat dan Finland menunjukkan jangkitan varian Delta selepas divaksin, memungkinkan paras kewujudan virus yang tinggi di dalam hidung manusia sama ada mereka divaksin atau tidak.

“Virus yang membesar itu boleh berjangkit sebagaimana mereka yang tidak divaksin, bermakna mereka yang sudah divaksin boleh merebakkan virus ini dan menjangkiti yang lain, “katanya.

Dr Noor Hisham berkata biarpun kemungkinan jangkitan kepada mereka selepas divaksin boleh menjangkiti yang lain, individu yang sudah divaksin masih lagi terlindung daripada jangkitan dan  bahaya kematian.

“Tambahan pula ia mengurangkan kemasukan ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi. Oleh itu tolong dapatkan suntikan vaksin,” katanya.

Berkaitan