23.3 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

Pengagihan Daging Korban Harus Dilakukan Oleh Orang Islam, Kata Jamil Khir

Teresa Kok mengagihkan sendiri daging korban kepada masyarakat Islam

Pengagihan daging korban perlu dilakukan oleh orang Islam kerana ia merupakan ibadah keagamaan dan demi memastikan ia tidak menimbulkan sensitiviti di kalangan umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata walaupun pengagihan daging korban itu boleh dilakukan oleh golongan bukan Islam tapi perkara berkenaan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam.

“Pengagihan daging korban tidak salah dalam konteks hukum Islam tetapi persoalannya sekarang di manakah pemimpin-pemipin masyarakat dan anggota politik yang beragama Islam dalam melaksanakan ibadah korban tersebut?” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Khatam Al-Quran Perdana 2011 Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak di sini Khamis.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail.

Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini yang mengatakan bahawa beberapa blog mempertikai tindakan Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengagihkan sendiri daging korban kepada masyarakat Islam baru-baru ini.

Akhbar berkenaan memetik blog http://novandri.blogspot.com dan http://klxpress.blogspot.com yang memaparkan gambar Kok mengagihkan daging korban tersebut bagaimanapun blog itu tidak menjelaskan bila dan di mana gambar anggota Parlimen itu dirakamkan.

Jamil Khir berkata beliau tidak mengetahui sejauh manakah kebenaran blog yang memaparkan cerita tersebut.

Sementara itu, mengenai Tadika Islam di bawah pentadbiran MAIWP, MAIWP akan menaikkan kadar bantuan makanan daripada RM1.50 sen sehari kepada jumlah antara RM1.80 sen dan RM3 sehari untuk setiap pelajar bermula Januari ini.

Selain itu, MAIWP telah membelanjakan kira-kira RM6.5 juta setahun untuk pembayaran emolumen kepada guru-guru tadika berbanding hasil pendapatan MAIWP menerusi kutipan yuran bulanan berjumlah hanya RM1.2 juta setahun, kata Jamil Khir.

Pembayaran emolumen melebihi pendapatan MAIWP itu adalah untuk membuktikan bahawa pihaknya mahu memastikan pelajar-pelajar tadika Islam mempunyai keseimb angan antara penguasaan ilmu dan nilai sahsiah dan peribadi yang tinggi, katanya.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan