Pengakuan Justo: UMNO Lembah Pantai lapor polis terhadap Nurul Izzah - pakdin.my

jatuh-najib-nurul-izah-justo

UMNO Lembah Pantai hari ini membuat satu laporan polis terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung satu artikel disiarkan dalam akhbar BH hari ini.

Ia antara lain berkaitan laporan menyebut Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, didakwa cuba membeli maklumat daripada bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo, yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand atas kesalahan cubaan peras ugut.

Laporan itu dibuat Setiausaha UMNO Lembah Pantai, Datuk Sazali Kamilan dan turut dihadiri Ketua Pemuda Lembah Pantai, Nazri Abdul Rahman serta EXCO Pemuda UMNO, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz.

Sazali katika ditemui mahu siasatan segera dijalankan terhadap Izzah berhubung pendedahan akhbar itu dan menyifatkan ia sebagai suatu dakwaan yang serius.

“Kita mahu polis siasat segera ahli Parlimen Lembah Pantai ini yang dikaitkan dengan cubaan membeli dokumen daripada Justo seperti dilaporkan akhbar hari ini.

“Kita pun khuatir seolah-olah dia cuba membeli dokumen itu daripada Justo yang harganya begitu tinggi mencecah AS$2 juta, kita tidak tahu dokumen apa, tapi mungkin penting bagi dia (Izzah),”katanya.

Katanya, usaha Nurul Izzah mendapatkan maklumat dari Justo seolah-olah cuba mempotret dirinya sebagai ikon atau pemimpin masa depan dengan turut dipercayai menjanjikan laba kepada Justo.

BH dalam laporannya hari ini mendedahkan, butiran siasatan kes membabitkan Justo, termasuk pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri, mendedahkan Izzah berminat membeli data mengenai 1Malaysia Development Berhad (lMDB) yang dicurinya pada tahun 2011.

Bagaimanapun, Izzah itu bukan pembeli berpotensi dimahukan Justo, yang mengakui dikuasai sifat tamak ketika itu. Dia mahukan bayaran tunai berjumlah AS$2 juta (RM8.62 juta) bagi dokumen berkenaan.

Pengakuan itu menyebut, apabila Izzah menawar untuk membayar dalam bentuk kontrak yang bakal diperoleh sebaik pembangkang mengambil alih kuasa daripada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, Justo tegas menolaknya.

Justo mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, bertindak sebagai brokernya dan bertanggungjawab membawa Izzah ke dalam urusan itu.

UTAMAEDITORIAL1MDBPengakuan Justo: UMNO Lembah Pantai lapor polis terhadap Nurul Izzah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium