Home / :: BLOG :: / Pengakuan Tun M: UMNO sudah bayangkan kuasa DAP tadbir negara – Ismail Sabri

Pengakuan Tun M: UMNO sudah bayangkan kuasa DAP tadbir negara – Ismail Sabri

Pengakuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa negara sedang diperintah bangsa DAP bukan mengejutkan kerana UMNO dan PAS sudah membayangkan perkara ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembangkang sebelum ini dilihat seolah-olah cuba menakut-menakutkan rakyat khususnya orang Melayu malah dianggap rasis apabila ramai pemimpin kedua-dua parti cuba menyampaikan dan membayangkan keadaan sebenar pemerintahan negara hari ini di bawah Kerajaan PH.

“Perkara ini dilihat kononnya cubaan membangkitkan ketidakselesaan antara kaum dan pemimpin UMNO dituduh “rasis” bila cuba menjelaskan berkaitan bagaimana Bangsa DAP ini sedang menguasai kerajaan dan pemimpin melayu yang ada hanya tidak lebih sebagai ‘puppet’ dan boneka semata,” katanya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Semalam Tun Mahathir mengakui bahawa DAP memainkan peranan besar khususnya dalam pentadbiran Kerajaan PH termasuk kedudukan beliau sendiri sebagai Perdana Menteri.

“Bagi saya ianya tidak mengejutkan. Ini yang kami cuba sampaikan kepada rakyat apabila sebilangan kecil dari kaum minoriti sedang menentukan halatuju negara kita aitu Bangsa DAP dalam tulisan saya sebelum ini https://dsismailsabri.com/icerd-gugat-kedudukan-melayu-dan-anak-negeri-sabah-sarawak-secara-senyap/

“Jelas melalui pengakuan Tun Mahathir bahawa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang akan mengambil kedudukan sebagai Perdana Menteri selepas ini juga merupakan perancangan dan penentuan yang telah ditetapkan oleh DAP,” kata Ismail Sabri.

Beliau yang menjalankan tugas-tugas Timbana Presiden UMNO menegaskan, sama ada Tun Mahathir atau Anwar yang menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan PH , mereka hanya merupakan proksi dan boneka kepada DAP.

Justeru kata Ahli Parlimen Bera itu, tidak hairan tindakan dan dasar Kerajaan PH tidak langsung mengutamakan orang Melayu dan Bumiputera dalam beberapa keputusan penting kerajaan.

Antaranya pelantikan Peguam Negara ,Ketua Hakim Negara ,Menteri Undang-Undang dan Menteri Kewangan dari kalangan mereka yang dilihat mesra DAP.

Malah, banyak kementerian-kementerian penting dikuasai oleh DAP sama ada sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

LIHAT video:
https://youtu.be/7O2Ti2Wh_tk

Rujukan:
Tuan badan mengakui dgn lidah yg fasih bahawa ‘KERAJAAN HARI INI MILIK MUTLAK DAP’. Puashati macai2 dan pengundi PH.
BACA sini: https://pakdin.my/video-dap-yang-tentukan-kedudukan-saya-sebagai-perdana-menteri-dr-mahathir/

Pelan perkukuh kuasa gagal, Mahathir akhirnya pujuk DAP?
https://pakdin.my/pelan-perkukuh-kuasa-gagal-mahathir-akhirnya-pujuk-dap/

(Visited 224 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

18 comments

  1. Ungku Burhan

    Ayahku pulang bawa ‘boneka dari India’ buatan cina.

    Keh keh keh

  2. Farid Fx

    Bahasa bandar boneka, bahasa kampong barua

  3. Jamil Jaafar

    Skandal 1MDB melibatkan Najib adalah BENAR.

    Duit RM2.6 billion masuk keakaun peribadi Najib adalah BENAR.

    Harta rampasan termasuk wang tunai bernilai lebih RM1 billion dirumah Najib adalah BENAR.

    Anak tiri Najib menerima hadiah ratusan juta ringgit dari syarikat yg ada kaitan dgn 1MDB juga BENAR.

    Sama-samalah kita fikir-fikirkan

  4. Azami Bachik

    Ramai orang Melayu sedar bahawa PM ikut telunjuk DAP dan di akui sendiri olih PM akhirnya. Harap orang Melayu sudah sedar bahawa kaum minoriti akan memijak kaum majoriti iaitu kaum Melayu.

  5. Afendy Agus

    Tu lah propaganda mainan dap , asik asik 1mdb, asik asik jho low, tapi orang nya tk di tangkap , bawak balik Malaysia, kene main la

  6. Jamil Jaafar

    Afendy Agus . 39 pertuduhan utk Jibby tu apa. Kes 1MDB dibicarakan diluar negara spt Spore dan US tu macamana.

  7. Jamil Jaafar

    Afendy Agus . Rakyat tolak bn sbb Jibby. Tahu ke tak tahu.

  8. Tuk Abah Kokotiam

    Percaturan sumbang dan tak menjadi,akibatnya diri jadi hamba abdi.

  9. Mohd Zaile

    sudah lah mail…masa u berkuasa dahulu, u buat macam kerajaan bapak u sendiri.

  10. Mohd Suhaimie Malik

    Ahhh apa lg tepuk… Guling² kat atas jln tu… Malaysia baru… Ubah… Bangang

  11. Hamid Paktam

    Bukan DAP tulung Atok jadi PM yg sebenar nya ATOK di perbodohkan oleh CHINA BAGI MEMECAH BELAH PERPADUAN ORANG MELAYU DAN ATOK TAK TERASA TERHINA KERANA ATOK BUKAN MELAYU, ATOK KUTTY KARLA.
    DAP GUNAKAN PAS DAN KEADILAN TAK BERJAYA KERANA KURANG PENEKANAN KPD UMNO TETAPI ATOK BERJAYA DENGAN FITNAH DAN BOHONG.
    ATOK KUTTY DI ANUGERAH DGN PM TETAPI DALAM MASA YG SAMA JADI BARUA DAP HARBI
    TERPAKSA DAN MEMBERI LALUAN KPD MEREKA MENJADI MENTERI KAPIR TERLALU RAMAI DIDALAM NEGARA ISLAM DAN TERGADAI MARUAH MELAYU DAN ISLAM.
    KENAPA TAK DI LANTIK DI KALANGAN AHLI PKR DAN APAKAH ANUAR TIDAK MEMILIKI AHLI MP YG BERWIBAWA.. MALAH DI SETIAP KEMENTERIAN DI WAKILI OLEH DAP KRISTIAN.
    INILAH ZAMAN PEMERINTAHAN YANG PALING HAPRAQ DAN PALING MUSIBAT

  12. Wan Rizal

    Kalau Nak tolong melayu takkan Sampai buang dato muhyidin Yasin Dan dato shafei afdal??? Apa melayu buang melayu???? Apa Nak Kata??? Nak Kata lim guan eng buang kedua dua mereka ke!!!!!!!!!!!

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.