Pengalaman Pertama Naiki Bot Berakhir Dengan Tragedi – Mangsa

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Polisi gadungan gunakan pelat palsu ditetapkan sebagai tersangka

dijerat dengan Pasal 263 KUHP tentang Pemalsuan Surat dengan...

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Bot itu dikatakan bocor dan kesemua mangsa saling menimba air sebelum ia dilapor karam semasa dalam perjalanan pulang kira-kira dua jam kemudian.
Bot itu dikatakan bocor dan kesemua mangsa saling menimba air sebelum ia dilapor karam semasa dalam perjalanan pulang kira-kira dua jam kemudian.

Bagi Nageshwari Oorvijayan, 22, antara tujuh yang terselamat dalam kejadian bot karam di Tanjung Karang, tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa pengalaman kali pertama menaiki bot akan berakhir dengan tragedi.

Beliau menyedari dari awal lagi yang bot dinaikinya tidak stabil selain pukulan ombak juga kuat, namun beliau dan sembilan lagi anggota keluarga dan saudaranya hanya menurut sahaja arahan pemandu bot itu.

“Kami tidak terfikir malapetaka akan berlaku. Kami hanya berniat untuk berseronok sempena hari raya…kami bergurau, bersembang dan sebagainya,” katanya.”

Bagaimanapun, katanya dalam perjalanan mereka ada meminta pemandu bot itu untuk berhenti kerana ombak yang kuat dan ada antara penumpang mula risau jika sesuatu buruk berlaku.

Namun pemandu bot dan tiga pembantunya menyarankan supaya kami meneruskan perjalanan ke tengah laut untuk melakukan upacara sembahyang di sebuah tiang terpacak di tengah laut, katanya.

“Kami hanya ikut sahaja kata mereka…kami tidak tahu sebab ini kali pertama kami ke sana,” katanya kepada media ketika ditemui di kediamanan M.Kunasegaran iaitu bapa saudaranya yang turut lemas dalam kejadian itu.

MAYAT mangsa bot karam berjaya di temui kira-kira lapan batu nautika daripada lokasi kapal dilaporkan karam. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68942
MAYAT mangsa bot karam berjaya di temui kira-kira lapan batu nautika daripada lokasi kapal dilaporkan karam.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68942

Menceritakan lagi pengalamannya, Nageshwari berkata jarak perjalanan dari jeti ke lokasi kejadian (upacara keagamaan) hanya kira-kira setengah jam sahaja dan kejadian berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang.

“Dalam perjalanan pulang, saya minta kakak rakam gambar saya ketika saya membasuh muka sambil saya senyum melihat kamera…tiba-tiba air mula memasuki bot…bot telah terbelah dua. Kami mula tenggelam,” katanya.

“Kami semua menjerit meminta tolong. Saya meminta abang sepupu saya untuk menyelamatkan ibu, namun ketika bot nelayan lain sampai, saya sudah tidak nampak sepupu saya itu, dia sudah pun hilang,” katanya yang ibunya A. Muniamah, 49, turut lemas dalam insiden itu.

Nageshwari yang tidak memakai jaket keselamatan hanya memegang sebiji pelampung berwarna putih seperti belon dan terapung di permukaan laut lebih sejam sebelum diselamatkan oleh bot nelayan lain.

“Ketika itu, saya hanya menunggu bantuan dan ketika bot lain datang, saya dan abang saya menjerit meminta tolong.

Menurut Nageshwari yang merupakan sepupu kepada Jeya Sankari, 27, yang lemas dalam kejadian itu, Jeya merupakan seorang yang taat kepada agama serta sangat mengambil berat terhadap semua ahli keluarga.

“Esok beliau sepatutnya ke Johor Baharu bagi berjumpa dengan bakal tunangnya.

“Dia kelihatan cukup gembira dan hanya bercerita mengenai majlis itu sahaja sepanjang perjalanan kami ke lokasi upacara keagamaan itu,” katanya.

Beliau berkata sepatutnya Jeya melangsungkan perkahwinan pada tahun depan dan upacara keagamaan itu dilakukan sebagai meminta restu Tuhan sempena lamaran yang diterimanya.

Khamis lepas, sebuah bot nelayan yang membawa 14 orang dikatakan bocor dan tenggelam di laut menyebabkan tujuh orang lemas.

Mangsa yang ditemui lemas ialah A. Parianathan, 30, yang berasal dari Taman Aman Sekinchan, Selangor, A. Muniamah, 49; K. Logaraj, 29; M. Gnaswdree, 59; M. Kunasegaran, 57, G. Jeya Sankari, 27 dan Ravi Shankar, 25, kesemuanya berasal dari Sungai Buloh, Selangor.

Tujuh lagi yang terselamat ialah P. Alumalai, M. Sugamaran, V. Nagaswari, N. Sanmugan, C. Sabtayan, C. Sundraja dan S. Partiven.

BACA juga:

Leave a Reply