Pengamal Media Perlu Bantu Memerangi Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan, Kata Salang - pakdin.my

KUCHING  — Pengamal media di Sarawak, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab perlu turut terlibat memainkan peranan aktif memerangi persepsi negatif terhadap kerajaan khasnya menjelang pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Dalam menghadapi peperangan persepsi yang merupakan salah satu daripada perkembangan semasa politik tanah air yang berubah mengikut masa dan keadaan, beliau berkata pemikiran rakyat telah diracun dengan pelbagai maklumat yang tidak benar terutama di media siber.

“Semuanya memerlukan penjelasan dan pembetulan persepsi yang berkesan kerana jika keadaan ini tidak ditangani sebaik mungkin, yang benar dianggap salah dan yang salah dianggap benar,” katanya ketika berucap pada majlis Dialog Media Sarawak 2012 anjuran kementeriannya dan Jabatan Penerangan Sarawak, di sini Sabtu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) kementerian berkenaan Datuk Dr Rothiah Omar, Pesuruhanjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Penerangan Negeri Resat Salleh.

Salang mengingatkan bahawa banyak laporan dan penulisan yang tidak bertanggunjawab dan mengelirukan telah berjaya meracuni pemikiran dan persepsi sebahagian masyarakat sehingga mereka “sanggup menghina pihak yang berjasa dan sebaliknya pula memuja kepada yang berdusta”.

UTAMABERITAPengamal Media Perlu Bantu Memerangi Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan, Kata Salang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium