32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Pengamal Media Perlu Pantas Tangkis Berita Palsu Di Media Sosial – Najib

Pengamal media perlu lebih tangkas menangkis berita palsu yang sengaja disebarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ini kerana berita palsu yang disebarkan sengaja dirancang untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan atau sekurang-kurangnya mengelirukan rakyat, termasuk kenyataan beliau (Najib) ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump baru-baru ini.
“Terutamanya statement yang dibuat oleh pemimpin termasuk statement saya disalahertikan ataupun dikilas untuk mengelirukan rakyat.
“Umpamanya bila saya bercakap dengan Presiden Trump di White House, saya beritahu “I come here to strenghten US economy”, bila saya kata sedemikian maksud saya bukanlah kita ini sebagai penyumbang dana ekonomi Amerika tanpa kita menerima manfaat daripada penjanaan kita pada ekonomi Amerika,” katanya semasa berucap pada Majlis Minum Petang Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) di sini hari ini.
Sebaliknya, kata Najib, kenyataan tersebut diintepretasi dalam konteks yang sempit walhal maksud sebenar kenyataan itu ialah Malaysia sebagai negara yang berjaya boleh menjadi pelaku ekonomi yang signifikan kepada negara maju lain.
Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan untuk membeli pesawat Boeing baharu bagi syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) juga diputar-belit pembangkang sedangkan ia satu pelaburan untuk menjadikan MAS syarikat penerbangan tersohor negara.
“Sebab itulah saya kata bahawa kita hendak beli pesawat. MAS memilih untuk membeli pesawat paling canggih iaitu lapan buah Dreamliner.
Semalam saya baca berita online Turkish Airlines beli 40 buah Dreamliner, pastinya ia pilihan tepat untuk majukan industri penerbangan kita,” katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan sentiasa menghargai peranan pengamal media termasuk pengamal media wanita dalam pembangunan negara.
Katanya pengamal media arus perdana terutamanya memainkan peranan penting dalam memberikan pemahaman lebih jelas mengenai dasar-dasar kerajaan.
Najib juga memuji pencapaian wanita negara yang disifatkan luar biasa di peringkat global.
Katanya wanita tempatan mempunyai kemajuan tinggi dalam bidang didominasi lelaki seperti sains nuklear, sains perubatan serta industri minyak dan gas.
Beliau memberi contoh kejayaan dua figura wanita negara iaitu Prof Emiritus Dr Mazlan Othman yang pernah menjadi Pengarah di Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA) di Vienna, Austria dan Ketua Sukarelawan PBB Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
“Dengan pencapaian ini saya yakin aspirasi Transformasi Nasional (TN50) akan tercapai dengan wanita mempunyai minda par excellent (tiada tolok bandingnya) dan ada sifat semula jadi untuk capai kemajuan lebih tinggi,” katanya.
Sementara itu, Najib turut mempertimbangkan sumbangan dana kepada Pertama bagi menggerakkan aktiviti persatuan.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jumlah sumbangan tersebut.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Pertama Sariha Mohd Ali. Kira-kira 200 anggota persatuan menghadiri majlis berkenaan.

Berita Berkaitan

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Husam: PAN parti diktator, lebih senang merujuk kepada DAP

Antara bekas pemimpin PAS yang ghairah dengan idea penubuhan PAN bagi kononnya menggantikan peranan...

PAS Sebagai ‘King Maker’ Jadi Kenyataan – Presiden PAS

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa rancangan membawa pendekatan...

MCA sebahagian daripada BN, tegas Wee

MCA adalah sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), kata Presidennya Datuk Seri Dr Wee...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan