Pengantin lelaki Arab Saudi dikehendaki solat 5 waktu - pakdin.my

CALON pengantin lelaki yang ingin mendapat bantuan perkahwinan daripada pertubuhan kebajikan di Arab Saudi disyaratkan menunaikan solat lima waktu secara berjemaah di masjid.
CALON pengantin lelaki yang ingin mendapat bantuan perkahwinan daripada pertubuhan kebajikan di Arab Saudi disyaratkan menunaikan solat lima waktu secara berjemaah di masjid.

Pertubuhan-pertubuhan kebajikan di Arab Saudi yang membantu pasangan muda di negara ini berkahwin ‘dikehendaki’ memastikan setiap calon pengantin lelaki supaya mengerjakan sembahyang lima waktu secara berjemaah di masjid.

Arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Sosial Arab Saudi itu antara lain memerlukan imam di sesebuah kawasan perumahan yang didiami calon pengantin lelaki itu supaya menyediakan bukti tentang pelaksanaan ibadah berkenaan oleh lelaki muda tersebut.

Timbalan Pengarah Kementerian Hal Ehwal Sosial bagi Wilayah Timur, Mohammad Rajab Al-Zahrani berkata, mereka yang memohon bantuan perkahwinan itu akan disiasat termasuk perlu menyediakan jiran atau rakan bagi menjadi saksi tentang ibadah mereka.

Katanya, pertubuhan kebajikan perlu mempunyai anggota yang akan memeriksa ketulenan dokumen, dan sama ada calon pengantin lelaki melakukan sembahyang secara berjemaah di masjid di kawasan kediaman mereka.

‘’Pemeriksa itu yang akan berurusan dengan kementerian berkenaan juga perlu memastikan lelaki yang menerima bantuan kewangan itu telah berkahwin,’’ katanya menurut laporan media tempatan yang dipetik portal Arab News.

Kementerian Hal Ehwal Sosial kini menyelia sebanyak 650 pertubuhan kebajikan dengan 21 daripadanya mempunyai pengkhususan dalam kebajikan perkahwinan dan keluarga.

Sementara itu, Ketua Pengarah bagi Persatuan Perkahwinan dan Kebajikan di Al-Ahsa, Adel Al-Khoufi berkata, pertubuhannya tidak memerlukan imam untuk menyediakan bukti itu dan kelonggaran itu tidak bermakna mereka tidak mahu calon supaya tidak menunaikan solat.

Katanya, banyak orang tidak dapat bersembahyang pada setiap masa di masjid dan mungkin mereka mengerjakan solat di tempat kerja.

Bagaimanapun, katanya, pemohon perlu menyediakan kontrak perkahwinan mereka bagi membuktikan mereka serius untuk berkahwin.

UTAMADUNIAPengantin lelaki Arab Saudi dikehendaki solat 5 waktu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium